Full Width CSS

Apa Jadi Pada Akujanji Biro Media Sosial Pemuda #UMNO #1Malaysia @NajibRazak @KhairyKj


Akhirnya wujudlah sebuah biro yang dinamakan Biro Media Sosial (BMS) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Saya ucapkan tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa yang dilantik bagi menggalas tugasan yang hebat ini.

Secara peribadi, saya melihat usaha Ketua Bironya sudah terlalu lambat. Namun masih tidak terlalu lambat untuk berjaya.

Tetapi seperkara yang bermain di fikiran saya ini, adakah akujanji yang dilafazkan tersebut merupakan sebuah perjanjian ataupun hanya sekadar bacaan ikrar yang tidak memerlukan si pembaca menghayati & menjiwai apa yang dilafazkan.

Persoalannya, jika ianya satu lafaz janji yang berjanji tidak akan mengecewakan UMNO di kemudian hari, apakah bentuk KPI yang akan diukur pada setiap ahli jawatankuasa yang terlibat.

Adakah KPI diukur pada setiap Pilihanraya Kecil (PRK) atau Pilihanraya Umum (PRU) atau sebenarnya diukur pada setiap tweet yang terdapat nama Ketua Biro nya di setiap tajuk artikel blog atau mungkin berdasarkan 'claim' Ketua Biro pada setiap nama blogger yang dikatakan di bawah 'seliaannya' seperti yang berlaku pada PRK Kajang lepas. Nama blog saya naik (disenaraikan) tapi habuk pun takda.

Jika index KPI seseorang itu rendah, apa yang akan diterimanya dan apa bentuk tindakan kepada individu tersebut? Akan meletak jawatan ataupun hanya perlu berjanji akan mencuba lebih baik pada masa akan datang? Tapi jika Ketuanya gagal, bagaimana pula?

Hah jawab.. jawab..

Seterusnya, apakah bentuk kriteria penting yang memungkinkan seseorang itu berada di dalam saf kepimpinan BMS? Apakah mereka merupakan tulang belakang utama dalam kegiatan media sosial yang berpengalaman semasa PRU13 lepas? Atau mereka merupakan kenalan rapat atau dalam bahasa standard Melayu nya 'kaki bodek' Ketua Biro.

Persoalan ini perlu diperjelaskan oleh Ketua Biro mahupun pemimpin kanan BMS agar ianya lebih jelas dan clear kepada semua pihak yang ingin mengetahui bagaimana prestasi pemain media maya UMNO diukur.

Jangan katakan bahawa perkara ini rahsia dan tidak boleh dikongsi kepada khalayak. Jika perkara ini berlaku, sudah pasti saya akan menganggap kenyataan Ketua Biro pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas merupakan satu retorik menunjukkan kononnya keterbukaan UMNO.

Sila jawab. Terima kasih.

Teringat video Ketua Biro diintebiu dulu, sayang seribu kali sayang~


* Buat kerja demi kelangsungan parti bukannya cari duit makan sendiri. Serah tanggungjawab pada yang betul² buat kerja bukannya kejar glamour

Post a Comment

7 Comments

  1. jika setakat nak dapatkan peruntukkan dan habiskan duit tu berfoya foya, baik tak payah tubuhkan biro media sosial. buang masa dan duit je.

    ReplyDelete
  2. Org yg buat kerja, BMS amek org yg gagal

    ReplyDelete
  3. Ibdil ohhhhhhh Ibdil..... slow!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Admin ni meroyan ibdil tak pilih dia jd ajk kotttt???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terpilih pun takpa sbb dh biasa kecewa tp teguran dibuat bkn kerana jawatan tapi hanya mahu menangkan UMNO / BN sahaja.

      Delete
  5. Is blog still in dalam politics Malaysia?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..