Wednesday, April 9, 2014

FB Persatuan Mukabuku Pulau Pinang Ada Otak Tapi Takleh Pakai #1Malaysia @NajibRazak @Shaberyc


"Ada Otak, Pandai..
Ada Akal, Pakai..
Ada Bijak, Gadai.."

Lagu Nyanyian : Pak Pandir - Yang Remeh Temeh

Inilah ungkapan yang boleh saya klasifikasikan kepada tuan empunya Facebook Persatuan MukaBuku Pulau Pinang yang membuat posting berkenaan kemunculan askar Amerika di balai pelepasan KLIA.

Posting tersebut tertera sebegini ;

"Kenapa askar US berada di KLIA??
Bukan misi SAR dekat laut saja?? Awat kena masuk
Malaysia?? Malaysia takdak US BASE!

Sapa sapa boleh tolong jawab sat!"

Saya tidak tahu Facebook ini dimiliki oleh siapa sebenarnya tetapi rumusan yang boleh saya berikan terhadap tuan empunya Facebook ini adalah bodoh macam pemimpin² Pembangkang terutama seperti Tian Chua.

Manakan tidak, umum sudah ketahui bahawa di Malaysia ini memang terdapat 'gerakan' askar Amerika di Kelantan. Mereka bukan datang nak menawan Malaysia seperti yang berlaku pada tahun 1942 di mana Jepun mendarat di negeri ini untuk menjajah Tanah Melayu ketika itu.

Kehadiran askar Amerika di sini adalah disebabkan untuk mengadakan latihan bencana alam seperti banjir & jungle wellfare bersama pasukan Markas 8 Briged, Markas Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Latihan ini diadakan bermula 18 Mac 2014 sehingga 21 Mac 2014. 


Isu ini sudah lama disahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri (26 Mac 2014) dan sebelum itu juga telah disahkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui laman Facebook rasmi pada 17 Mac 2014. Pihak PDRM mengingatkan bahawa sebarang penyebaran maklumat tidak benar adalah satu tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

So memang lojiklah kalau nak dikatakan memang askar² tu berada di KLIA semasa gambar ini diambil. Berkemungkinan gambar ini diambil semasa askar Amerika tiba & transit untuk penerbangan domestik atau mungkin semasa menunggu pesawat komersil untuk pulang ke Amerika. 

Cuma kalau boleh, nasihat saya kepada admin Facebook berkenaan. Janganlah makan semut banyak sangat dan terlalu gatal jari untuk membuat spekulasi berkenaan perkara² sensitif ni. Bukannya dapat pujian pun, banyak kejian yang diterima oleh Perdana Menteri, UMNO & BN hasil daripada posting tersebut.

Tak percaya, pembaca boleh lihat sendiri.

Tahniahlah~

1 comment:

  1. dh tgk dh kt fb dia, mmg najib kna kutuk kaw kaw

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...