Tuesday, April 8, 2014

Hina Rosmah : Tahniah @PDRMsia. Tapi Rakyat Masih Marahkan Red Bean Army #1Malaysia @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Ketangkasan dan kecekapan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memerangi isu jenayah ini, terlalu sukar untuk kita sebagai rakyat nafikan kehebatan mereka yang berkorban jiwa, masa keluarga dan segalanya demi keharmonian & keselamatan rakyat.

Itu rakyat tak boleh nafi dan pertikaikan.

Tahniah juga kepada PDRM yang berjaya menahan si penghina Datin Seri Rosmah Mansor hari ini. Si biadap ini telah memaparkan gambar info grafik kononnya rangka yang ditemui itu adalah isteri Perdana Menteri. Satu fitnah dan sememangnya berniat jahat.

Saya salute pada PDRM !!

Tapi saya ingin menyampaikan hasrat rasa hati dan kebimbangan orang ramai dengan tiada tangkapan secara keseluruhan terhadap 'penjenayah' siber yang digelar sebagai Red Bean Army (RBA).

Bagi saya kebiadapan RBA nampaknya semakin sukar untuk dibendung. Ada pendapat yang mengatakan mengapa Cyberstroopers UMNO / BN tidak boleh menandingi RBA. Sebenarnya cyberstroopers UMNO / BN sudah berada di tahap yang terbaik sekali berbanding lawan politik.

Tetapi apa yang penting adalah cara bagaimana mengubah mentaliti masyarakat Malaysia hari ini. Antara cerita buruk & cerita 'bersih' dari dalam dada akhbar mahu pun blog pro kerajaan, yang mana satu kah menjadi pilihan rakyat Malaysia?

Contoh paling mudah ialah antara berita politik & cerita gosip itu dan ini, mana satu Pembaca akan pick up dulu. Sudah tentu yang gosip kerana masyarakat Malaysia ini telah lama dipupuk dengan ideologi ringan berbentuk tohmahan, andaian & teka teki. Itu isu utama yang membelenggu minda rakyat Malaysia hari ini.

Saya sebagai Pembaca juga akan memilih ruangan gosip untuk dibaca terlebih dahulu kerana ianya lebih ringan dan santai berbanding isu-isu politik. Ini realiti sebenar yang terpaksa diharungi oleh semua orang.

Oleh itu, inilah penekanan yang harus diambil kira oleh pihak berwajib. Jika dibiarkan RBA terus menerus menabur berita gosip & fitnah kepada rakyat Malaysia untuk mempercayainya sudah pasti akan berlaku sesuatu yang lebih teruk berbanding sekarang ini.

Sama seperti isu yang melanda Malaysia hari ini di mana misteri kehilangan pesawat MH370 menjadi tanda tanya kepada seluruh dunia. Persoalan timbul dan 'penyelesaian' berat sebelah direka oleh RBA semata-mata mengaburi mata rakyat dengan mengalih realiti sebenar yang berlaku kepada bentuk fitnah kononnya kerajaan Malaysia bertanggungjawab menyorokkan pesawat berkenaan.

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka mempercayainya kerana hati mereka telah lama dipenuhi dengan pelbagai persepsi yang salah dan berat sebelah yang dibajai oleh Pembangkang dari dulu. Tapi bagi sesetengah orang yang ingin lebih tahu, pastinya akan berusaha lebih dengan mencari beberapa maklumat tambahan.

Bagaimana mungkin kerajaan Malaysia yang 'hebat' ini boleh menyorokkan pesawat berkenaan dan langsung tidak boleh dikesan oleh 26 negara luar yang turut membantu mencari & menyelamat pesawat berkenaan. Adakah Amerika, England, China tidak mempunyai kepakaran dan membaca body language Perdana Menteri yang dituduh bersekongkol menyorokkan pesawat berkenaan. Dan yang paling penting, apa sebab pula kerajaan mempertaruhkan risiko menyorokkan pesawat berkenaan yang dipenuhi penumpang dari China.

Ini beza antara orang yang menerima bulat-bulat maklumat dan orang yang tahu menilai maklumat serta berusaha mencari kebenaran.

Berbalik kepada isu tangkapan ini, rakyat masih terpinga-pinga adakah SKMM tahu menjalankan siasatan atau sekadar menelefon pemilik akaun media sosial yang disyaki dan memanggil untuk dirakam kenyataan. Ataupun sebenarnya SKMM tidak mempunyai kepakaran siasatan dalam kes media sosial sebegini?

So agak² bila boleh ditangkap RBA n?

1 comment:

  1. betul tu admin, bila nk tgkp org Melayu & UMNO laju jela sbb xnk malu dpn pbgkg..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...