Thursday, April 24, 2014

PAS Warning DAP & PKR Takda Hak Untuk Halang #Hudud Di #Kelantan #1Malaysia @NajibRazak


DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada hak menentang atau menghalang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ia kerana dalam perjanjian Majlis Pimpinan Pembangkang yang di­meterai pada 28 September 2011 itu tidak menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Tegas Mohd. Amar, perjanjian dan pemuafakatan dalam pakatan pembangkang yang antara lain untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.
“Dalam perjanjian tersebut (Maj­lis Pimpinan Pembangkang), kita (Pas) berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak menyebut soal negara Islam atau hudud di peringkat negara.

“Perjanjian tersebut hanya untuk negara dan dalam konteks Kelantan, ia berlainan kerana hukum hudud sudah diluluskan sejak tahun 1993, sebelum wujudnya pakatan pembangkang.

“Saya juga tidak faham me­ngapa mereka (DAP dan PKR) mempertikaikan usaha kita sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri," katanya kepada pemberita selepas me­nyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini hari ini.

Mohd. Amar mengulas kenya­taan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan bahawa isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan parti itu tidak menyokong pelaksanaannya.

Tambah Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, pelaksanaan hukum hudud di negeri ini bukan bermaksud Pas tidak menghormati perjanjian pakatan pembangkang sebaliknya ia akan dibuat di negeri ini sahaja.

“Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri ini sudah diluluskan sejak 21 tahun lalu dan ia langsung tidak bertembung dengan perjanjian pakatan pembangkang serta tidak bercanggah dengan kandungan buku jingga," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai saranan Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Nga Kor Ming supaya Pas kembali memberi fokus kepada konsep negara berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama PKR dan DAP sebelum ini, Mohd. Amar berkata, Pas tidak pernah membuang konsep berkenaan daripada agenda parti tersebut.

“Konsep negara berkebajikan sememangnya menjadi agenda kita dan hukum hudud ini dilihat mampu mengukuhkan lagi konsep tersebut (negara berkebajikan).

“Malah, hukum hudud mampu membantu daripada aspek keselamatan dalam negara. Hari ini kita lihat jenayah terlalu tinggi dan sudah tiba masanya undang-undang Islam ini dilaksanakan.

“DAP harus beri peluang kepada kita melaksanakan hukum hudud ini dan sekiranya kita gagal, barulah mereka ada sebab untuk menolak," katanya.

1 comment:

  1. Elok lah.....bukankah PR ini tido sebantal mimpi len len !......Pas kelihatan seperti tiada kekuatan sendiri dan semakin hilang maruah jika masih bersama DAP DAN pkr

    ~~~EX PKR LUMUT~~~~

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...