Full Width CSS

Kecewa Punca Khalid Ibrahim Berhenti Sebagai Menteri Besar Selangor #1Malaysia @Khalid_Ibrahim


Mesej clear Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mengisytiharkan untuk bersara sebagai MB pada penghujung penggal ini.

Mungkin dalam istilah lain, Khalid Ibrahim dah malas nak jadi MB Selangor. Mungkin juga terdapat banyak faktor yang menyebabkan beliau bertindak demikian rupa.


Salah satu nya adalah kerana beliau tidak mampu memperjuangkan & mempertahankan hak orang Melayu terutamanya di Selangor. Semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan Selangor 2008, Khalid dilihat umpama boneka kepada Cina DAP & PKR di negeri ini.

Mulai tahun 2008 juga, rakyat semakin bijak menilai kepimpinan Khalid yang 'hebat' dengan mengalu-alukan kepesatan rumah-rumah urut yang turut menawarkan khidmat seks di negeri Selangor ini umpama tumbuh 'meliar' bagaikan cendawan selepas hujan. Kegiatan haram ini bagaikan tidak boleh dibendung lagi apabila terdapat tangan-tangan ghaib yang menghalang penguatkuasa menjalankan tugas mereka membuat serbuan dan mengambil tindakan undang-undang.

Ia sedikit sebanyak menambahkan lagi derita yang terpaksa ditanggung Khalid apabila kuasa sebagai MB hanya kelihatan sebagai jawatan di atas kertas sahaja namun di kalangan kepimpinan negeri, ia adalah sandiwara sahaja.

Ada sesetengah pendapat mengatakan Khalid kecewa apabila banyak keputusan yang dibuat tidak mendapat persetujuan anggota exco negeri dan ramai di kalangan mereka sudah mula menikam Khalid secara perlahan-lahan termasuk pegawai-pegawai di belakangnya.

Mungkin inilah antara penyebab utama Khalid mulai memikirkan rancangan untuk tidak terus menerajui Selangor pada masa akan datang. Keyword utamanya ialah KECEWA.


* dulu Khalid ingatkan masa mula-mula terajui Selangor, boleh minta bantuan & sokongan ADUN Melayu / Islam tapi semua takleh pakai termasuklah yang sama nama kat Shah Alam tu.

Post a Comment

0 Comments