Full Width CSS

Naib Ketua Pemuda #UMNO Sebenarnya #MrArrogant @azwanbro @khairykj @NajibRazak

Sebagai rakyat marhein, saya merasakan statement tidak rasmi daripada perbualan tertutup antara individu bernama Badrrul dan Naib Ketua Pemuda UMNO (NKP) Malaysia, Azwan Bro yang menjadi viral lewat tengahari tadi seumpama sikap pemimpin dari UMNO yang gagal memperjuangkan nasib bangsa sendiri.


Pada dasarnya kenyataan Mr Arrogant ini tidak sepatutnya disebarkan kepada khalayak sebab ianya merupakan perbualan tertutup tapi agaknya si Badrrul ni geram sangat, langsung disebarkan melalui media sosial.

Saya juga tak berminat nak mainkan isu mengaibkan pemimpin Pemuda UMNO ini tetapi apabila ia melibatkan 'kecerdikan' yang tidak guna sebaiknya, ia membuatkan saya terfikir untuk membuat artikel bosan seperti ini.

Come on lah Azwan, awak tu memang lah lahir dari keluarga yang berada dan tahap struggle kehidupan awak tak seperti rakyat lain dan tidak seperti saya yang terpaksa survive untuk meneruskan kehidupan yang baik di dalam bandar Kuala Lumpur.

Azwan perlu bercakap mewakili suara rakyat yang bertaraf rendah atau sederhana ataupun peringkat marhein dan bukannya bersuara seolah-olah orang Melayu sudah berada pada satu tahap yang memuaskan & tak perlu mengharapkan bantuan kerajaan Malaysia secara total.

Kemudian kita melihat Ketua Pemuda UMNO, Khairy pula retweet kenyataan ringkas daripada seorang Exco lantikan yang gemar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris iaitu Rahman Hussin di mana turut menyokong kenyataan poyo AzwanBro.

Lihat seperti di bawah ;


Weihhh beb, korang ni semua pemimpin UMNO bukannya pemimpin parti Cina ataupun parti cinta sayang or else. Agak-agaklah kalau nak keluarkan kenyataan kononnya nak to be fair pada orang Melayu dan nak suruh orang Melayu jangan bergantung harap pada status kaum pada borang.

Weihhhh hangpa semua adalah kalangan pemimpin muda yang berjaya. Cuba pikiaq sikit nasib orang-orang Melayu luar bandar yang mana mereka masih memerlukan tongkat (pertolongan / bimbingan) dan perhatian khas daripada pemimpin UMNO.

Khairy adalah Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bertaraf seperti Naib Presiden UMNO kerana memegang tampuk kepimpinan sayap parti. Azwan Bro pula dilantik menjadi MT UMNO atas kapasiti NKP UMNO Malaysia. So bila dah duduk dalam MT tu, janganlah keluarkan statement lebih sudu dari kuah.

Kalau keadaan masih berterusan begini dan Azwan tetap mahu mengekalkan sikap arrogant nya, lebih baik duduk dalam kem DAP. Jadi sombong macam burung merak asyik dia jer yang hebat.

Dah terang-terang buat salah tapi tetap sombong tak nak mohon maaf kepada orang yang terkena tempias dari sikapnya.

Sebelum habis menulis artikel ni, meh saya tunjukkan pada Mr Arrogant borang Universiti Harvard yang jelas tertera ruangan 'Religious Preference'.


Buat Azwan Arrogant,

Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak pernah berpesan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang terdahulu (saya tak pasti sama ada Azwan Bro mengikuti ucapan Presiden ataupun sibuk berada di Riverside) UMNO perlu transformasi dari ekslusif kepada inklusif jika mahu mengekalkan kuasa. Dengar denyutan nadi rakyat, bukannya menghina rakyat marhein.

Kalau nak menang PRU 14, jaga hati orang Melayu dan Bumiputera bukannya terus bersikap seperti Mr Arrogant.

Post a Comment

11 Comments

  1. Steady la bro.... Nice article....

    ReplyDelete
  2. Pemuda UMNO di semua peringkat telah khususnya bahagian dan pusat hilang jati diri Melayu. Mereka inilah yg mempergunakan umno utk kepentingan diri dan puak. Mereka tidak akan memperjuangkan matlamat penubuhan umno. Mereka ada matlamat sendiri. Salah UMNO jugak ...

    ReplyDelete
  3. Jawatan dipinta, tuba kau balas!!!

    ReplyDelete
  4. ..terbaik bro...kenali diri..kenali asal usul supaya jgn lupa diri...

    ReplyDelete
  5. Adakah mereka inginkan jwtn dan sanggup menghabiskan wang jutaan ringgit dlm pertandingan utk membela nasib rakyat marhein??? Atau menjadikan ia sbg industri yg memberi pulangan yg cukup lumayan???

    ReplyDelete
  6. Ingatkan dia lain compare KJ, rupanya sama gak 2x5 aptb. Syabas bro.

    ReplyDelete
  7. najib pun sama , apa dia buat untuk orang melayu..

    ReplyDelete
  8. Pesan kt die bro... biar bodoh jgn bangang... memang borang x tulis ... tp pihak atasan tahu n selidik bpe ramai bumiputra yg belajar kt negara luar...bengai arrr .... biar bisu jgn pekak.... haha

    ReplyDelete
  9. Lahabau betul bdk 2 ekor ni. Baik kj &wanbrok

    ReplyDelete
  10. Kp dan naib dia tu berjaya sbb mak bapak dia dah kaya raya hasil dr bangsa dia Melayu. Sedarla diri sikit. Ramai lagi mak bapak Melayu yg telah berkorban utk tanah melayu ni tak mcm mak bapak bangsa lain. Jadi bantulah anak2 mak bapak melayu ni supaya berpeluang berjaya mcm KP! Awak naik atas parti umno so jagalah ahli parti ini dan teras perjuangan parti.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..