Friday, June 27, 2014

Adidas Tarik Balik Tajaan Daripada Suarez Drakula #WorldCup


Jenama sukan gergasi dunia, Adidas akan berhenti daripada menggunakan Luis Suarez, salah seorang bintang promosinya di Piala Dunia Brazil dalam sebarang iklan selepas pemain Uruguay itu dikenakan penggantungan selama empat bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Suarez didapati bersalah kerana menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada perlawanan terakhir Kumpulan G, Rabu lalu.

“Adidas menyokong penuh keputusan FIFA," kata jurucakap syarikat itu. “Kami tidak boleh menerima sikap terbaru Luis Suarez yang sepatutnya mengingatkan dirinya mengenai standard yang kami harapkan daripada pemain-pemain kami.

“Kami tidak mempunyai rancangan menggunakan Suarez untuk sebarang aktiviti pemasaran ketika Piala Dunia 2014,”

FIFA menggantung Suarez sembilan perlawanan antarabangsa dan bola sepak selama empat bulan selain dikenakan denda 112,000 dolar (RM360,000).

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...