Tuesday, June 3, 2014

Fitnah Red Bean Army Subsidi RON95 Hanya Untuk Kereta 2,000Cc Ke Bawah #1Malaysia @NajibRazak


Desas desus kononnya kenderaan 2,000 cc tidak dibenarkan merasai subsidi minyak Ron95 hanya fitnah dari Red Bean Army.

Kononnya kenderaan di bawah 2,000 cc hanya mendapat 300 liter minyak Ron95 sahaja dan bla bla bla.

Yang menariknya ada juga kalangan kita yang ringan tulang turut sama terjebak menyebarkannya. Baca kenyataan dari KPDNKK berkenaan isu tersebut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini menafikan laporan hanya pengguna berpendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan berkuasa kurang 2,000cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Laporan itu hanyalah satu spekulasi, kata Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Seri Alias Ahmad kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter dan selepas habis kuota itu, pemilik kenderaan itu perlu membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Di bawah ini pula berita yang digembar gemburkan oleh macai Red Bean Army.

Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Janganlah jadi sebahagian daripada penyebar fitnah. Puiii.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...