Sunday, June 29, 2014

Lembu Buat Perangai Meragut Rumput Sehingga Atas Bumbung


Seekor lembu dari Bern, Switzerland ini mungkin sudah puas hidup di atas tanah dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.

Ia dikatakan naik ke atas bumbung dan terperangkap kerana tidak boleh turun.

Pada awalnya, haiwan itu dipercayai sedang meragut rumput terletak di belakang rumah tersebut.

Selepas beberapa ketika, ia mula berpindah ke kawasan lain lalu memanjat rumah itu.

Pemiliknya, Dieter Mueller berkata, lembu berkenaan adalah salah seekor lembu peliharaannya yang sering mendatangkan masalah.

"Ia selalu buat hal dan buat saya marah," katanya.

Sementara itu, jiran Rolf Steiner berkata, dia seperti tidak percaya apabila melihat seekor lembu di atas bumbung dan menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa.

1 comment:

  1. Lembu ini sajenis dengan RSN Rayer wakalawali...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...