Monday, July 21, 2014

DAP Semakin Ketakutan Kelantangan Pemuda UMNO WP #PrayForMH17 #SolidarityForRazlan


Bertalu-talu serangan terhadap Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan saudara Razlan Rafii yang kali ini dituduh cuba membuat kenyataan provokasi terhadap kaum Cina.

Kenyataan dalam akaun twitter @razlanrafii berbunyi 'balik Tongsan' menurut pemahaman MP Serdang seumpama menghina kaum mereka walhal ia adalah sindiran kepada mereka (kaum Cina) yang kecewa, tak reti bersyukur & tidak patriotik kepada negara.
Ia sebenarnya lebih merujuk kepada isteri MP Tanjung, Tan Poh See yang memuat naik status berbunyi..

"Malaysia sebuah negara menakutkan, apa jenis negara tak guna ini?"

Status tersebut yang telah dipadamkan sebenarnya merujuk kepada kejadian pesawat MAS yang ditembak dan terhempas di Ukraine. 


Sebagai rakyat Malaysia dan isteri kepada Ahli Parlimen Malaysia, adalah menjadi KEWAJIPAN kepada mereka untuk mempunyai semangat patriotisme dan bukannya menjadi duri dalam daging. Jawatan nak, duit nak, projek pun nak tapi tak reti bersyukur dan mengutuk negara sendiri. Inikah nilai isteri & pemimpin yang rakyat mahukan?

Ternyata modal politik DAP sudah habis, kali ini pemimpin DAP mempolitikkan isu pesawat MAS MH17. Tak cukup dengan itu, si MP Serdang meminta satu dakwaan khusus dikenakan terhadap Razlan Rafii.

Jika dilihat dari permainan DAP kali ini, mereka sebenarnya semakin tertekan dengan masalah dalaman parti bermula daripada isu calon DAP Melayu anak didikan Lim Kit Siang di Teluk Intan, kemudian diikuti dengan kenyataan biadap Rayer yang terlolong memekik 'UMNO Celaka' di dalam sidang DUN Penang & dalam ceramah di PRK Teluk Intan.


Tidak selesai dengan hal tersebut, DAP terkedu lagi apabila si Nga Kor Ming membuat kenyataan bodoh tak boleh diajar di dalam FB miliknya berkenaan isu MH17 yang sengaja dipolitikkan dan akhir sekali status isteri MP Tanjung ini yang ternyata memalukan DAP keseluruhan.

Apakah komen MP Serdang ini sengaja untuk mengaburi pandangan penyokong DAP ataupun sebenarnya dia mempunyai niat yang tidak baik terhadap Ketua Pemuda UMNO WP?

Saya merasakan DAP hari ini semakin tertekan teruk dan ketakutan akan bayang-bayang sendiri. Disebabkan kelantangan Razlan Rafii maka mereka cuba untuk menutup mulut beliau dengan apa cara sekali pun kerana Razlan Rafii merupakan ancaman terbesar kepada DAP hari ini. Kalau tak percaya, tunggu lagi kes lain DAP akan usulkan terhadap Razlan.


P/s : MP Serdang tak nak cadang wujudkan Suruhanjaya DiRaja ker untuk menyiasata dakwaan Razlan Rafii?

2 comments:

  1. Apa lue mahu takut, lu banyak besar cakap cakap, telor mahu adalah, orang hentam sama you, macam budak kecil, sudah mahu nangis, bila lue punya kakak mulut busuk, lue tak mahu marah sama dia, lue bodoh....lue semua cari sakit, sekarang lue dapat sakit...

    ReplyDelete
  2. Woi, pukimak2 dan pengkhianat2 DAP...ELOK BALIK TONGSAN!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...