Thursday, July 24, 2014

Kontinjen Malaysia Mendapat Penghormatan Seluruh Dunia Di Glasgow #Pray4MH17 #Justice4MH17


Tidak tergambar dengan kata² apabila saya menonton Pembukaan Rasmi Sukan Komanwel 2014 di Glasgow apabila melihat gerombolan baju kuning + orange memasuki padang mewakili kontinjen Malaysia.

Sebak dan hiba perasaan saya apabila melihat bendera Jalur Gemilang dinaikkan separuh tiang dan diikuti dengan 7 orang krew Malaysian Airlines berarak bersama barisan atlet & pegawai negara. Ini sesuatu yang agak pelik dan sangat jarang berlaku dalam mana² temasya dunia.

Jika Pembaca membuat research berkenaan kontinjen Malaysia di perasmian semalam, banyak artikel pujian dari media seluruh dunia berkenaan kontinjen Malaysia yang dilihat bersederhana tetapi tetap bersama berkongsi kesayuan tragedi MH17.
 

Tepukan gemuruh & sorakan diterima kontinjen negara yang keseluruhan mereka memakai lilitan di lengan kiri sebagai tanda berkabung dan bersolidariti bersama keluarga mangsa² MH 17 yang terhempas minggu lepas di Ukraine.

Ketika majlis perasmian Head Minister of Scotland memberikan tribute untuk Malaysia & penumpang MH17 kemudian mengajak semua yang hadir bertafakur selama 1 minit sebagai tanda bersama buat mangsa nahas pesawat MAS.


ALL THE BEST FOR MALAYSIAN ATHLETS !

4 comments:

  1. Bangga di dalam kesedihan.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya tak pegi , ini macam tak ada apa2 yg berlaku.

    ReplyDelete
  3. Badan yg menganjurkan sukan komanwel ni tak sensitif.Sepatutnya buatlah lepas raya.Berapa sangat hari lagipun.Macamlah tak boleh tangguh seminggu dua.Padahal negara2 komanwel bukan tak ada yg Islam.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...