Thursday, July 31, 2014

PANAS : Rahman Dahlan Salur Dana RM50,000 Pada Anwar? @NajibRazak @mpkotabelud


Apa cerita Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan beri sumbangan RM50,000 kepada Anwar?


Anwar yang dimaksudkan adalah Duta Besar Palestin ke Malaysia iaitu Dr. Anwar H Al Agha.

Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri nya di Kota Kinabalu mengutuk serangan rejim zionis Israel terhadap Palestin yang sangat kejam sehingga telah mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa.


"Rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Palestin dan hukuman setimpal dapat diberikan kepada Israel atas kezaliman mereka"

Dr. Anwar memberitahu, seramai 15 orang anggota ahli keluarganya terkorban pada serangan kelmarin yang telah membunuh 145 nyawa. Dr. Anwar secara terbuka menyuarakan rasa hati beliau dan keseluruhan rakyat Palestin mahukan negara Israel dihadapkan ke mahkamah antarabangsa kerana melakukan jenayah perang berkurun lamanya.


Pada majlis tersebut, Datuk Rahman Dahlan menyampaikan sumbangan mewakili Yayasan Datuk Dahlan Harun kepada Palestin sebagai tanda keprihatinan kita kepada mereka.

3 comments:

  1. Ingatkan bagi bantuan pada Anwar Ibrahim tadi. :D

    ReplyDelete
  2. mangkuk lah! terkejut aku xd

    ReplyDelete
  3. Nyaris aku heart attack hahahaa

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...