Thursday, July 10, 2014

PM Ziarah Gelandangan Sebenar Bukannya Pura² Bagi Makan #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Lewat malam tadi, saya mendapat kiriman beberapa keping gambar Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak turun padang meninjau golongan gelandangan di sekitar kawasan shopping kompleks Kotaraya & berhampiran pasaraya Mydin, Kuala Lumpur.

Walaupun saya tidak terlibat ketika program ad hoc ziarah tersebut namun saya cukup teruja apabila melihat Perdana Menteri mendekati golongan gelandangan ini secara lebih santai dan pendekatan yang mesra. Saya yakin ia bukanlah satu program yang dijadualkan untuk PM, tidak disambut pemimpin² tempatan dan para jurugambar pelbagai agensi (lihat saja kualiti gambar yang dikongsikan).


 

Melihat raut wajah beliau, saya begitu yakin Perdana Menteri prihatin dengan nasib gelandangan yang terpaksa meneruskan kehidupan di celah² kepesatan bandaraya Kuala Lumpur.

Ini antara ulasan pendek dari Perdana Menteri hasil daripada tinjauan beliau.

1. Kerajaan menyedari dan menghargai NGO² yang terlibat secara langsung membantu golongan ini.
2. Perdana Menteri memberi jaminan 6 bulan untuk Datuk Bandar mencari lokasi yang bersesuain untuk diwujudkan Anjung Singgah yang menyediakan kemudahan basic seperti membersihkan diri (mandi), tidur malam & tempat menyimpan barang.


Mungkin ini adalah langkah awal untuk kerajaan mengekang masalah gelandangan di Kuala Lumpur terutamanya apabila kebanyakan mereka mampu untuk bekerja tetapi hanya mengalami masalah tempat tinggal.

Buat masa ini rasanya tidak perlu kerajaan menyediakan rumah flat untuk golongan gelandangan. Mungkin dengan wujudnya Anjung Singgah seperti yang dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan akan meringankan bebanan yang ditanggung mereka. Apa yang penting sebenarnya mereka kena bekerja seperti orang biasa dan jana pendapatan untuk diri sendiri.

 

Secara peribadi saya ucapkan tahniah atas keprihatinan Perdana Menteri terhadap golongan gelandangan ini. Ini membuktikan Pemimpin kerajaan sentiasa ingin menyelami permasalahan rakyat sehingga di peringkat gelandangan. Secara langsung menafikan suara² sumbang dari Pembangkang yang gemar mengambil kesempatan mengutuk tindakan kerajaan tetapi mengambil pendekatan berpeluk tubuh.

Lihat foto menarik di bawah.


Melihat reaksi wajah wakil rakyat Pembangkang ini saja kita boleh meneka bahawa si perempuan berdua ni tidak ikhlas membantu tetapi hanya pandai bersandiwara kononnya mereka seperti NGO² yang 'begitu' prihatin dengan golongan ini.


Agaknya mereka hanya nak ambil credit di hadapan kamera saja dan siapa di antara kita boleh confirmkan abang yang menerima air kotak dan biskut dari Nurul Izzah & Teresa Kok ini adalah golongan gelandangan? Nampak pakaian macam elok² je, cantik rambut tu. Adakah telah dirancang atau sebenarnya golongan yang mengambil peluang mendapatkan makanan percuma.

Persoalan penting, adakah Pembangkang bercadang untuk membantu setiap masa. Adakah inisiatif PR sendiri untuk mewujudkan Anjung Singgah mereka sendiri? Confirm takda kan sebab mereka ni jenis suka ambil kesempatan saja.

6 comments:

  1. Nampaknya PM Najib,memang seorang yg sangat baik dan rendah diri.Berbaloi juga lah saya mengundi beliau di Parlimen Pekan.SEmuga beliau terus menambah berbuat kebaikan.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha muka Teresa Korok n N.Izzah cuak pun ada....

    ReplyDelete
  3. najib cari publisiti murahan
    selama ni tak kan dia tak tahu hal gelandagan ni
    dasar najib haramjadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah tu...fitnah...maki hamun lagi2 di bulan Ramadhan. Beringat la sikit..awak tu org Islam..akhlak tu jaga sikit.

      Delete
    2. cuak apa bende nye...kalu rakyat tak kecoh dgn tg adnan mmg tak de la lawatan mlm tadi...ini damage control namanye....

      Delete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...