Friday, July 4, 2014

Sokong Pelaksanaan Sifar Gelandangan Kuala Lumpur @TengkuAdnanReal

Persoalan dan kekeliruan berkenaan dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan zon bebas gelandangan telah di salah erti oleh pelbagai pihak. Untuk makluman, Menteri Wilayah Persekutuan tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk menghalang mana-mana NGO atau badan bukan kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja amal dan membantu golongan homeless di Ibukota.


Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan pendirian untuk melaksanakan zon bebas gelandangan dan pengemis selepas mesyuarat bersama agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Alam Flora Sdn. Bhd. dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berkaitan pada 30/6/2014. Untuk makluman, kebersihan adalah salah satu taskforceKementerian Wilayah Persekutuan dan laporan kebersihan adalah dipantau secara terus oleh Yang Berhormat Menteri sendiri.
Berdasarkan laporan oleh agensi, masalah kebersihan di Kuala Lumpur salah satu faktor yang telah menyumbang khususnya di kawasan tumpuan pelancong adalah kumpulan gelandangan. Ini kerana tabiat gelandangan yang suka membuang sampah serta tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, selain itu kumpulan pengemis pula kebanyakan meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, seperti Pavillion, KLCC, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai perkara lain seperti masalah sosial, keselamatan, menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan yang kurang elok apabila dilihat oleh pelancong.

Dalam pada itu, kajian terhadap golongan ini juga telah dilakukan secara menyeluruh dan mendapati kumpulan gelandangan ini berpunca daripada;

1. Tiada pekerjaan;
2. Miskin;
3. Masalah Mental/kemurungan,/penyakit melarat;
4. Warga asing tiada pekerjaan;
5. Ketidakupayaan mengurus diri;
6. Ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan;
7. Warga Emas

Selain itu, mesyuarat juga telah mengenal pasti kawasan "hot spot" yang sentiasa menjadi tumpuan kumpulan ini antaranya;

1. Mydin Kotaraya;
2. Masjid Negara;
3. Central Market;
4. Menara Maybank;
5. Jalan Tuanku Abdul Rahman;
6. Jalan Masjid India;
7. Jalan Tiong Nam (Chow Kit);
8. Jalan Silang;
9. Masjid Jamek;
10. Bank Negara;
11. Bulatan Sultan Mohamad;
12. Dataran Merdeka.

Kesimpulannya Menteri Wilayah Persekutuan tidak membuat keputusan tanpa usul periksa dan mengenal pasti masalah sebenar sebelum cadangan zon bebas gelandangan dikemukakan. Mesyuarat juga peka dengan kewujudan 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti:

1. Pasar Seni;
2. Dataran Kota Raya;
3. Stesen Bas Klang
4. Masjid India;
5. Masjid Negara;
6. Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee;
7. Kota Raya;
8. Pudu Sentral;
9. Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

Mewujudkan “Once Stop Centre” Kepada Golongan Gelandangan

KWP bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak mengambil pendekatan tanpa mengambil kira jalan penyelesaian yang sepatutnya. Oleh yang demikian, KWP bersama DBKL telah mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunanseperti konsep “Anjung Singgah” yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

1. Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

2. Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;

3. Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

4. Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

5. Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri.

Berikut adalah kumpulan NGO yang dikenal pasti aktif membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur:
Gosm (The Gospal Of Salvation Mission Society);
Precious Children Home;
Kecana Soup Kitchen;
Pj Caring Home;
Kenosis Home;
KL Urban Fellowship;
Reach Org. Sdn. Bhd.
Nineteen O One Sdn. Bhd.
Yayasan Kebajikan Negara;
Archdiocesan Office For Human Development (Aohd);
Grace Community Service;
Community Excel Service

Berikutan itu, tiada sebarang persoalan yang timbul mengatakan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu menghentikan atau menghalang mana-mana pihak serta NGO untuk terus menderma dan melakukan kerja-kerja amal seperti kebiasaaan. Cuma kaedah dan lokasi yang tidak sesuai perlu diambil kira. Ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan akan datang timbul seperti keracunan makanan akibat kekotoran, kencing tikus, masalah kebersihan yang berlarutan, kecacatan pemandangan kawasan tumpuan pelancong dan sebagainya. Usaha ini memerlukan penglibatan semua pihak, dan kerajaan tidak sewenangnya meletakkan ketetapan seperti berikut dan ianya selepas mendapat persetujuan serta perbincangan agensi berkaitan.

1 comment:

  1. Syabas Tengku Adnan, langkah yang baik, semoga usaha murni Tengku diberkati Allah.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...