Sunday, September 14, 2014

Benarkah UMNO Bodoh Menurut Zainuddin Maidin



Membaca kenyataan populis yang ditulis oleh bekas Menteri yang lahir dari parti UMNO di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN), Zainuddin Maidin (Zam) kata 'UMNO Bodoh & Bigot' adalah satu tulisan yang tidak matang.

Sebagai seorang penulis yang berpengalaman dan agak berumur, seharusnya beliau tidak hilang kawalan apabila menulis dan membuat kenyataan dengan memperlihatkan rasa amarah seperti seseorang yang pendek akal.
Seharusnya beliau menunjukkan tauladan yang baik dalam penulisan di blog beliau, bukannya menayangkan sikap tidak baik dan seolah-olah hilang sabar dalam menyampaikan atau memperjuangankan sesuatu.

Adakah UMNO benar-benar bodoh. Jika benar UMNO itu bodoh, sudah pasti kerajaaan tidak akan berjaya mengekalkan pemerintahan negara sehingga ke hari ini.

Zam berhutang dengan saya kerana menggelar UMNO bodoh kerana saya ahli UMNO !

Sama ada Zam bersetuju, memperli ataupin membantah keputusan kerajaan Persekutuan hari ini, perkataan ini tidak boleh diterima oleh saya.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

10 comments:

  1. Saya rasa umno memang bodoh bagi segelintir advisors around najib. I m also umno member......i dont get offended. Mans tidaknya......kami yang memenangkan umno tapi tsk di hormati najib. Denyutan nadi kami tak pernah di rasai, pengorbanan kami tak di hargai......dekat pilihanraya, kamilah pejuang bangsa, setelah berkuasa, kami tak didengari akan tetapi cina dan india dihormati dan junjungi

    ReplyDelete
  2. Zam menulis macam ini sebab nakkan perhatian. Dia dah tak laku kot. Masa jadi MP dan menteri dulu pun, apa dia buat yang ada impak. Tak ada pun.

    ReplyDelete
  3. Ditafsirkan kalau Melayu pandai... kedai mamak abu.. tentu tak dipenuhi... Mamak Maidin takan laku cendolnya... sebab ada persaingan dari peniaga Melayu... Dan sejarah Melaka pula..tak kan pembesar raja percaya auta nana mandeliar.. sampai diPanggil Raja(h) Mendeliar..anak cucu sekarang ingat di melayu keturunan raja.. Sebabkan putar alam nya Masyarakat Melayu hiruk piruk.. dan hilang ketenteraman..

    ReplyDelete
  4. Saya juga org umno tapi saya bersetuju dgn zam!

    ReplyDelete
  5. Saya juga org umno tapi saya bersetuju dgn zam! Saya amat kecewa.

    ReplyDelete
  6. Ubat itu pahit !!!
    Kalau umno itu tidak bodoh..tentulah kerajaan pimpinannya kekal majoriti 2/3
    Kalau Pemuda UMNO itu bijak - tidaklah dia berketuakan Ketua Pemuda yang hilang pengaruh ditolak,oleh 11 Ketua Pemuda Bahagian di Pahang - ini rekod beb !!!

    ReplyDelete
  7. Kalau umno bodoh, zam juga bodoh kerana berada dalam kerajaan 'agak lama' juga.. Cuma zam tak kata dia juga bodoh sebab dah tua...

    ReplyDelete
  8. UMNO tak bodoh,yg bodoh tu ada sesetengah pemimpin UMNO yg jd pak turut,

    ReplyDelete
  9. Kalu menutamakan jawatan atau projek untok diri sendiri itu bodo juga ke?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...