Full Width CSS

Berdoa Je Lah Nama Akta Mungkin Lain Tapi Peranannya Jauh Lebih Baik @NajibRazak @PDRMsia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi pendirian pentadbirannya mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional, lapor Bernama.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan dalam akta baru itu nanti.
Ini kerana kerajaan tidak akan membenarkan kebebasan tanpa tanggungjawab terutama dalam soal agama yang dianuti oleh semua rakyat, hak istimewa orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu.

"Kita mesti pertahankan... bukan kata ada (undang-undang) yang baharu ini, semua kita ketepikan... tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai," katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di Jerlun, Kedah.

Menurut Najib, setiap kebebasan dan keterbukaan ada batasnya dan terikat kepada prinsip kebertanggungjawaban sebagai asas pertimbangan yang matang termasuk di media sosial.

Katanya, kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara termasuk menegur pemimpin tetapi harus ada batas, jangan sampai merosakkan keamanan dan keharmonian negara.

"Saya nak beri amaran, sesiapa cuba menggugat keamanan, undang-undang sedia ada akan digunakan. Perkara ini memang dikuatkuasakan," katanya.

Kenyataan ini Najib ini menyusul siasatan dan pendakwaan ke atas beberapa pemimpin politik Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan 1948 sejak dua minggu lalu. Pada minggu ini, pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Azmi Sharom didakwa di bawah akta yang sama manakala wartawan Malaysiakini, Susan Loone ditahan untuk siasatan dan kemudian dibebaskan pada Khamis.

Pada Jumaat, bekas pemimpin mahasiswa, Safwan Anang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur setelah sabit tuduhan menghasut berhubung satu ucapan pada 13 Mei 2013.

Najib pertama kali membuat pengumuman memansuhkan akta itu dalam satu ucapan pada Julai 2012.

"Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan m

Post a Comment

4 Comments

  1. PM kena faham rakyat yg ingin kedamaian begitu kecewa dgn termansuh ISA sbb akhir2 ini byk provokasi ttg tiang seri negara. Mrka ingin ISA dikembalikan. Kini akta hasutan pula nk dihapuskan. Adakah PM yakin peruntukan akta hasutan dpt dikekalkan dlm akta harmoni ni. Jgn fkir pembangkang bodoh apabila mrk dh npk PM goyah.

    ReplyDelete
  2. Dah main amaran pulak tok jib kita ni. Pinjam kata2 sepupu ke?

    ReplyDelete
  3. Salam,
    NAJIB SESUMPAH DLM UMNO!!

    Bila Tun Mahathir tegur Najib dengan keras, pengampu2 Najib mula hentam Tun.
    Termasuklah Musa Hitam useless tu. Zaman Tun ramai yang menentang beliau walaupun cukup banyak kebaikan dan kecerdikan Tun mentadbir negara

    Tapi amat MALANG zaman Najib.walaupun bodoh dan lembik mentadbir.. penuh dengan muslihat dan proksi punasehat, huru hara macam2 MH370-, Lahad Datu, MH-17, Sabah hasut kelua Malaysia, Islam dihina bertalu2, Sultan di caci.. ekonomi tak tentu hala.. tapi tiada SEKOR pun dr UMNO MENENTANG?? Bacul pemimpin2 UMNO yg lain hanya tahu menjaga TEMOLOK masing2 dan takut melawan kerosakan Najib buat!!



    Hakikatnya negara sedang mundur ke belakang dlm banyak segmen. Paling ketara ialah hubungan kaum dan ketinggian Agama Islam serti Institusi2 penting seperti Raja dan PDRM.


    Hakikatnya juga.. aku amat2 merindui pemerintahan Ayahnda Tun Mahathir Mohamad..
    Rasa kehilangan yang amat sangat pada Malaysia tercinta ini bila Tun M tidak memerintah lagi

    Begitu banyak kucar kacir keadaan negara.. Najib lah paling banyak merosakkan negara berbanding kelemahan Pak Lah.

    Najib dengan sengaja merosakkan negara melalui gaya pemerintahnya menuruti segala tuntutan Pakatan Haram.. untuk apa kita undi BN lagi jika ini hasilnya??

    ReplyDelete
  4. Kalau ada pemimpin yang bongkak dan sombong yang tidak mendengar keluhan rakyat, apa patut kita buat? Kita pecat aje. Macamana nak pecat? Kita mula dengan PRK Pengkalan Kubor kita kuborkan UMNO.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..