Friday, September 5, 2014

Jom Belajar Mencari Jawapan Melepaskan Diri Seperti Lim Guan Eng Ha Ha Ha


Tak dinafikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kebelakangan ni sibuk benau beliau berkungfu menafikan dan memberikan jawapan balas demi menyelamatkan maruah Pasukan Peronda Penagih Sukarela Syabu (PPS) Pulau Pinang.

Sebelum ini Guan Eng beria-ia kata PPS ni pertubuhan yang sah di Pulau Pinang dan apabila diajukan dokumen pengesahan kononnya PPS dikategorikan sah oleh kerajaan negeri maka tergagap-gagaplah Guan Eng menjawabnya. Langsung beliau ajukan pula persoalan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kononnya Rakan Cop juga pertubuhan tak berdaftar dan haram.

Kemudian Guan Eng tampil lagi ke hadapan untuk menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa tuduhan sebagai orang yang tidak bertanggungjawab.

Beliau telah mengumumkan seramai 156 anggota PPS yang ditahan oleh PDRM akan menerima elaun harian berjumlah RM200 setiap seorang. Jom kita mengira kejap berapa jumlah keseluruhan Guan Eng peruntukkan kepada PPS.

156 orang X RM200 = RM31,200
RM31,200 X 7 hari = RM218,400


Ini anggaran jika tempoh reman 7 hari. Perghhhh lebih RM200,000. Kalau jumlah banyak macam tu, kerajaan negeri bagi pada golongan memerlukan sudah pasti ianya lebih berbaloi. Tetapi persoalannya, duit tersebut dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau duit DAPig atau duit Guan Eng sendiri.

Jika duit Guan Eng sendiri, memang beliau boleh dikategorikan sebagai Ketua Menteri yang masyukkkk teruk. Jika duit DAPig, pastinya ada pihak dalam DAP yang membantah tindakan pemimpin mereka menggunakan wang sesuka hati dan jika duit peruntukan dari kerajaan negeri, rasanya nanti Jabatan Audit Negara akan kesan berlaku pengaliran wang keluar tanpa sebab yang kukuh.

Hah leceh gak tu nanti nak jawab haha.


Semalam pula Guan Eng cuba menegakkan benang yang basah apabila PDRM mengesan 11 orang anggota PPS positif dadah & syabu. Cepat-cepat Guan Eng kata anggota komunis DAP tersebut makan ubat.

Suka hati kau lah Gua Eng nak cakap apa pun. Yang pasti hari ini, PPS bakal bungkus dan menjadi tidak releven.


1 comment:

  1. ramai nyer orang sakit dlm pps. bukan ke kalau nak jadi petugas keselamatan perlu buat medical check up dulu, incl sane mind. nampak sangat geng pps cerca marba, tangkap muat ahli tak kira sape..pesakit, pesalah, bekas banduan dll.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...