Mempertahan Pejuang Tanpa Wajah - Wanita, Pemuda dan Puteri
Ketika saya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO dahulu, saya berkesempatan bekerja dengan kumpulan ahli biasa Wanita, Pemuda dan Puteri yang luar biasa semangatnya.
Selepas mengharungi beberapa pilihan raya kecil bersama mereka, saya benar-benar memuji dedikasi dan keazaman mereka bekerja demi parti.
Golongan ini turut bekerja 20 jam sehari dan komited melaksanakan program menyusur akar untuk meraih sokongan pengundi wanita di akar umbi yang juga pemegang kunci kemenangan setiap pilihan raya.
Sama juga halnya dengan Pemuda dan Puteri. Mereka bingkas menangkis serangan lawan, bekerja tanpa mengenal siang dan malam, malah sanggup mengeluarkan wang sendiri sambil menahan caci maki pihak lawan, baik secara mental mahu pun fizikal.
Mereka tegas mempertahankan kesetiaan walaupun berjemur di tengah panas, menyinsing lengan baju untuk mendekati pengundi muda dan dengan tebal muka memasang bendera serta menampal poster di segenap ceruk kawasan tanpa memikirkan soal keselamatan. Pegangan mereka - kami lakukan apa saja demi parti.
Sebelum golongan VIP bergembira menyambut kemenangan di dalam Dewan Penjumlahan Undi, golongan ahli ini tanpa banyak soal mengemas barang, menghidupkan enjin Honda dan Proton lama masing-masing atau menaiki bas menempuh perjalanan panjang kembali ke rumah dengan menggalas kepenatan tidak terkira.
Selesai melaksanakan kewajipan terhadap parti, mereka pulang untuk meneruskan kehidupan biasa sebagai suri rumah dan isteri yang menjual keropok lekor di pasar malam, memandu teksi dan kembali sebagai kerani atau pembantu kedai di kampung halaman.
Mereka ini adalah pejuang yang tak berwajah dalam UMNO. Mereka adalah wira tidak dikenali yang menyerahkan seluruh jiwa dan raga dalam memenuhi tuntutan laungan `demi bangsa, agama dan negara' yang mereka benar-benar hayati.
Mereka tidak pernah meminta kontrak, jauh sekali melobi sebagai calon pilihan raya. Mereka adalah `Orang UMNO' biasa dan bilangannya tidak terkira dalam UMNO.
Selepas ini, jika ada lagi pihak yang ingin mengkritik sayap UMNO, hentikan menyerang secara pukul rata. Itu tidak adil namanya.
Terima kasih jentera UMNO & Barisan Nasional.
Dato' Abdul Rahman Dahlan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Parlimen Kota Belud
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan
3 Comments
Terbaik!ahli PAS asli sedar kebahayaan Anwarinas
ReplyDeleteBawalah sikap sederhana dan bukan org yg berlebih2an.Jangan ditiru sifat taksub dan berlebihan seperti PAS dan pemimpin mereka. Semuanya mereka langgar demi politik dan kuasa.
ReplyDeleteSyabas buat UMNO. Bekerjalah untuk rakyat.
Semoga dilembutkan hati warga Kelantan untuk berubah kembali pd UMNO.
Ameen
Sayu dan terharu ... seperti ayah saya yg setia menyokong umno... bila bertemu lawan dsn kawan dimaba saja... tak habis2 membela umno.. namun tak pernah mengharapkan apa2 habuan ... jujur dan ikhlas... amanah.... sentiasa menolong yg susah ...kadang2 hairan kenapa nik aziz boleh labelkan umno mcm2.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..