Full Width CSS

[Video] Perwakilan PAS Memaki Hamun Dalam Doa Selama 25 Minit


Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan (Azhari Ariffin) mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan Doa yang mengutuk Pemimpin parti iaitu Timbalan Presiden Mohamad Sabu & 2 ADUN Selangor menyokong Presiden PKR sebagai calon MB Selangor.

Permulaan ucapannya, kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan. Sangkaan mereka meleset apabila bukan doa kesejahteraan parti dibacakan tetapi doa mengutuk dan mengeji pemimpin PAS sendiri.

Azhari meneruskan doa itu lebih 25 minit walaupun ditegur oleh pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah. Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) & Hasnul Baharuddin (Morib). 2 ADUN tersebut ibarat ejen perosak dalam parti itu dengan memetik perumpamaan "nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.."

"Sekarang kita ada 2 nila iaitu satu Cap Hulu Kelang & satu Cap Morib, mereka Nila yang Sangat BERACUN" katanya dalam doa itu

Ia akhirnya menimbulkan kemarahan perwakilan Kedah, Ridzuan Abu Bakar yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau meminta pengerusi tetap melarang tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

“Adakah ini sifat seorang Muslim?,” soalnya mengenai tindakan Azhari sebelum diiring keluar oleh seorang anggota Unit Amal yang turut mematikan mikrofon.

Teringat pula kes PAS doakan UMNO hancur & KO sebelum ini. Untuk makluman, PAS tak pernah meminta maaf kepada UMNO atas kejadian mendoakan kecelakaan kepada UMNO.



* Mungkin doa tersebut sudah berbalik kepada PAS hari ini. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Patot lah Allah tak izinkan.....kerana hati mereka dah busuk !

    ReplyDelete
  2. Inilah kafarah yg dikenakan oleh Allah kepada PAS...

    Dia doakan kepadaorg lain tak apa..Tapi bila kena batang hidung sendiri atau kumpulan sendiri, terus melompat macam beruk...

    PAS ...you are DEAD party soon

    ReplyDelete
  3. Budak PAS Kuala Kedah tu kenapa lidah bercabang. Tu lah orang dah kata PAS ni hanya kumpulan jual ayat quran, siapa paling laris dia pasti digelar Ustaz.

    Tak pernah doa kutuk orang lain. Poraaah!...

    ReplyDelete
  4. Bubar pas abis citer....semua org bodoh....kopiah..jubah ...janggut...tudung...takbawa makna pun...padan muko ko pas.....

    ReplyDelete
  5. nak kata islamik tapi tak islam pun,Rasullulah pernah tegur para sahabat yg berdoa dgn suara yg kuat kerana Allah swt tidak pekak dan tuli...berdoalah dgn baik.....perkara yg baik sesama islam.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..