Friday, October 24, 2014

Anak Penjual Kuih Bersedia Galas Tanggungjawab Untuk Belia Malaysia #SayaGalas @RahmanPBMY


Matlamat asas pengujudan Parlimen Belia diyakini mampu untuk membawa suara anak² belia ke peringkat terbaik dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Seiringan dengan itu, pemilihan 'wakil rakyat belia' yang tepat akan memberikan satu pulangan yang positif.

Mencari calon berkredibiliti dan tahu ke mana hala tuju yang hendak dipacu bukanlah perkara yang mudah dan juga sebaliknya. Tetapi apa yang lebih penting adalah apakah pokok perjuangan calon² ini untuk dihasilkan pada hari ini demi masa hadapan.
Seperkara yang menghalang dan memisahkan kita hari ini bukanlah semangat kepartian yang kita telah lafazkan kata setia tetapi ianya adalah perbezaan idea yang kita garapkan untuk memacu kehadapan negara kita. Perbezaan ini telah secara tidak sedar membuatkan kita tidak peka dan berprasangka antara sesama kita dan enggan mengalah untuk mencapai kata sepakat dalam penyelesaian masalah.

Di penghujungnya kelak perbezaan ini telah menjadikan kita sebagai orang asing yang mengenali antara satu sama lain. Masa hadapan Malaysia, haruslah ada satu visi yang mempunyai ruang untuk semua. Tanpa mengira latar belakang seseorang.


Umpamakan negara kita seperti sebidang tanah, tanah ini harus dibaja supaya semua benih dapat tumbuh dan membesar. Perbezaan idea tidak harus semata-mata dipandang sebagai ancaman antara sesama kita. Tetapi, ianya wajar dihargai sebagai sebuah tanda dimana kita telah berkembangan secara intelektual sehingga mencapai satu tahap dimana kita mampu mencerna lebih dari satu cara bagi mencapai penyelesaian.

Tidak kira bagaimana kita melihatnya, penghujungnya adalah satu matlamat yang dikongsi bersama iaitu berusaha yang terbaik untuk negara kita. Mungkin kita dibesarkan untuk menyokong parti dan kesatuan yang berbeza, namun sebelum semuanya itu, kita dilahirkan terlebih dahulu sebagai warga Malaysia.

Mari kita ingat kembali walaupun perbezaan idea wujud di antara kita, tanah air ini adalah garis penyatuan kita bahawasanya takdir negara kita bermakna takdir kita sebagai rakyatnya. Ayuh saudara-saudara ku, marilah kita pelihara garis penyatuan ini dan maju kehadapan bersama untuk mematri takdir tanah air keramat kita.



UNDI WKL 020
Rahman Hussin

1 comment:

  1. Bunyinya macam penyokong kuat PM.....SATU MALAYSIA...!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...