Friday, October 24, 2014

Datuk Rahman Dahlan Dilantik Jadi Penasihat Khas Menteri Besar Selangor? @mpkotabelud @AzminAli


Tahniah diucapkan kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana telah menjadi Menteri & Kementerian yang pertama membuat rombongan 'cik kiah' ke Pejabat Menteri Besar Selangor, selepas Azmin Ali menyandang jawatan tersebut.

Tujuan utama kunjungan tersebut bagi menerangkan secara terperinci kepada Menteri Besar bahawa mengikut perlembagaan Malaysia Fasal 80, DUN Selangor perlu meluluskan resolusi penubuhan Tribunal Pengurusan Strata di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 yang baru digazetkan.

Apa itu Akta Pengurusan Strata 2013?

Akta Pengurusan Strata 2013 atau Akta 757 adalah undang² yang diperuntukan untuk mengawal selia penyelenggaraan dan pengurusan bangunan bertingkat atau tanah yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hak milik strata, bermula dari peringkat penyerahan milikan kosong sehingga ke peringkat selepas perbadanan pengurusan diwujudkan.

Akta ini telah diwartakan pada Februari 2013 dan ia akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun hadapan (2015). Ia bertujuan untuk memberikan mekanisma yang lebih berkesan kepada penduduk bangunan Strata untuk mengurus bangunan mereka dan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Contohnya di Selangor terdapat banyak bangunan Strata seperti kondo, apartmen dan flat dan 45% dari rakyat Selangor tinggal dalam bangunan Strata. Maka tekanan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan juga platform untuk membuat aduan dari segi perkhidmatan yang diberikan oleh jawatan kuasa pengurusan strata ini perlu diperkemaskan.


“Saya telah memaklumkan kepada Azmin bahawa kita tidak mempunyai masalah selagi mana kriteria dan kelayakan itu dipenuhi dan selagi itulah kita tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan anggota tribunal yang datangnya daripada negeri Selangor dengan mengambil kira bangunan strata yang begitu banyak sekali,”Datuk Abdul Rahman Dahlan

Akta Pengurusan Strata 2013 adalah satu usaha penambahbaikan ke atas mekanisma penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama. Akta baru ini memperhalusi tatacara, tempoh, tanggungjawab, pembahagian kuasa pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) agar pengurusan bangunan dapat berjalan dengan teratur dan kemas.

Isu dan pemasalahan penyenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata adalah berkait rapat dengan aspek kewangan, urusan kerja penyenggaraan dan pentadbiran. Masalah kewangan adalah isu yang kritikal di kebanyakan pangsapuri kos rendah jika dibandingkan dengan pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri kos tinggi.


Urusan kerja penyelenggaraan dan pentadbiran lebih dikaitkan dengan kekurangan kemahiran, pengalaman dan profesionalism pengurus bangunan dan JMB dan MC. 

Keberkesanan Akta Pengurusan Strata 2013 untuk mengatasi isu dan pemasalahan penyenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata bergantung kepada sejauh manakah keberkesanan COB, JMB dan MC mendapat kerjasama dan mengamalkan tanggungjawab bersama dengan penghuni/pemilik/penyewa.


* tajuk di atas memang takda kena mengena langsung dengan cerita nya.

3 comments:

  1. Admin jahat letak tajuk mcmni

    ReplyDelete
  2. For second I thought there's some spice into this dig. You got me there!

    Good one though.

    ReplyDelete
  3. So si Azmin ni setuju tak nak folo kementerian?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...