Thursday, October 2, 2014

Edisi Kantoi : Rupanya Kerajaan Negeri Selangor Tahu Duit Diseleweng Oleh @Khalid_Ibrahim Ke Bandar Tun Razak @AzminAli


Apa yang mungkin para Pembaca tak tahu adalah semasa zaman pemerintahan Khalid Ibrahim, terdapat dua buah akaun bank diwujudkan atas nama Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Ambank. Sebuah akaun untuk penduduk di DUN Pelabuhan Klang, Selangor dan sebuah lagi akaun untuk penduduk @ pengundi Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak (BTR), Kuala Lumpur.

Persoalannya, mengapa SMUE yang diwujudkan berdasarkan program kebajikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh ada pula satu akaun di luar negeri Selangor?



Oh mungkin kerana Khalid Ibrahim adalah Ahli Parlimen di BTR, maka beliau mempunyai kebebasan berbuat demikian tanpa pengetahuan kerajaan negeri ataupun memang kerajaan negeri sudah sedia maklum berkenaan hal ini.

Jika kerajaan negeri tidak mengetahui akan hal ini (SMUE di BTR), wajib diambil tindakan kepada bekas Menteri Besar ini kerana telah menyalahgunakan wang rakyat negeri Selangor ke Parlimen 124 ini. Atau sekiranya kerajaan negeri mengetahui hal ini, adakah ia (SMUE BTR) diumumkan kepada rakyat negeri Selangor yang selama ini disogokkan dengan dakyah kononnya kerajaan PR akan mentadbir negeri dengan transparent iaitu tanpa ada apa² yang diselindungkan.


Khalid Ibrahim ataupun Azmin Ali wajib jawab hal ini. Jika ianya benar² berlaku, maka memang terdapat penyalahgunaan wang rakyat negeri Selangor di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim. Hal ini mungkin bagi sesetengah pihak menganggapnya remeh kerana Khalid Ibrahim sudah tidak berkuasa tetapi bagi rakyat, ini adalah penipuan secara terang²an.

Lihat berapa banyak duit telah dikeluarkan untuk menjayakan SMUE ini.


Sebanyak RM126,038,000 (juta) telah dikeluarkan untuk dihulurkan kepada lebih 51,000 keluarga waris yang layak terima. Adakah angka tersebut merangkumi waris penduduk di BTR?

Antara syarat yang dikenakan bagi melayakkan seseorang memohon SMUE ialah lahir di Wilayah Persekutuan KL sebelum 1 Februari 1974 dan menetap di Selangor atau di Wilayah Persekutuan. Maknanya sesiapa saja yang tinggal di Lembah Klang layak mendapatkan bantuan ini asalkan mengikut syarat di atas.

Persoalannya lagi mengapa hanya akaun bank ini diwujudkan satu²nya di BTR saja. Mengapa tiada di Cheras, Bukit Bintang, Seputeh dan lain² kawasan Parlimen lagi jika ianya melibatkan warga Lembah Klang yang lahir sebelum 1 Feb 1974. Hal ini saja dah nak menunjukkan keraguan di situ. Macam ada sesuatu yang tidak kena kan.

So amacam?

Kerajaan negeri sudah bersedia menjawab atau kerajaan negeri nak play safe dan halakan semua kepada bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim?


* untuk makluman skim ini diperkenalkan oleh Khalid Ibrahim. Menawarkan sumbangan sebanyak RM2,500 khairat kematian kepada waris @ penama yang berdaftar dengan Pusat Khidmat DUN di seluruh Selangor.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...