Full Width CSS

Tren Aliran Ampang Hampir 20 Tahun Diguna Bakal Diganti Baru @MyRapidKL


Berita gembira buat pengguna-pengguna LRT Aliran Ampang apabila Prasarana telah memeterai perjanjian persefahaman bersama sebuah syarikat pembuatan tren terkemuka di dunia, CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC).

Sebanyak 30 buah tren @ Light Rail Vehicles (LRV) akan tiba secara berperingkat-peringkat di Malaysia bermula Mei 2015 bagi menggantikan tren yang sedang digunakan hari ini. Untuk makluman, tren Aliran Ampang telah digunakan hampir 20 tahun semenjak tahun 1996.


Pembelian tren sebanyak 50 buah ini bukanlah hanya semata-mata untuk menggantikan tren yang lama tetapi terdapat beberapa sistem yang baru dan terkini dari segi sudut keselamatan yang digunapakai antaranya ;

1. Sistem CCTV
2. Cermin Kecemasan
3. Kipas Pengudaraan Kecemasan
4. Pengawasan Automatik Sistem Operasi Tren
5. Sistem Pengesan Asap & Kebakaran
* lihat di sini gambar-gambar.

Malahan untuk perkongsian bersama, terdapat sedikit penambahbaikan untuk keselesaan penumpang seperti non-slipping seats, paparan LCD info, ruang khas untuk penumpang yang menggunakan kerusi roda.

Antara lain perkara di dalam perjanjian persefahaman tersebut adalah persetujuan pihak Prasarana menerima lagi baki 20 buah set tren setelah kerja-kerja untuk laluan tambahan Aliran Ampang siap sepenuhnya (Ampang Line LRT Line Extension Project, LEP)

* 1 tren = 6 buah gerabak



Baca sini lagi

Post a Comment

1 Comments

  1. Tren asal LRT dulu dipanggil LRT STAR Laluan Ampang tu bukan 1996 tapi sebelum Sukan Komanwealth 1998. LRT STAR adalah rekabentuk dan selenggaraan AD Tranz, Germany- Europe. Kualiti binaan tren LRT STAR jauh berbeza kualitinya dari LRT Putra dan Monorel.

    Sejak Prasarana negara ambil alih, semua transit aliran ringan ini disatukan dan diambil alih dengan nama RAPID KL.
    Tren asal LRT terawal di KL tersebut cukup kukuh dan berkualiti, berbanding coach tren baru keluaran China ini. Sayang sekali sikap pentadbir negara ini hanya bijak habiskan duit melupuskan aset lama sedangkan di New York tren lama LRT mereka masih beroperasi lebih berusia dr kita.

    Sikap pembuat dasar krjn kita gemar habiskan wang beli bend abaru tapi amat lemah untuk maintain apa yang ada supaya sentiasa elok dan berfungsi baik. Sedangkan juga sistem kereta laju Jepun Hokaido telah mencecah lebih 40 tahun.. tren mereka rekabantuk dan bina sendiri tapi tahan lasak dan di jaga elok.

    Bagus untuk Rapid beli tren baru, tapi kenapa beli dari China yang kualitinya lebih rendah dr keluaran AD Tranz usia hampir 20 tahun lepas?

    Agak bodoh jugak pembuat keputusan dlm membeli aset untuk kegunaan awam.. semua mau untung besar, kualiti tarak..

    Malaysia ku oh Malaysia.. korupsi di setiap lapisan...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..