Full Width CSS

Harga Rumah Naik Tapi Kerajaan Wujudkan Banyak Skim Untuk Rakyat - Rahman Dahlan @mpkotabelud


Kerajaan tiada kuasa untuk mengawal harga rumah yang ditentukan pasaran, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya berusaha menawarkan pelbagai insentif bagi memastikan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah.
Abdul Rahman berkata, fenomena kenaikan harga rumah bukan berlaku di negara ini sahaja, tetapi di seluruh dunia.

“Kerajaan tiada kuasa menentukan harga pasaran. Kita hanya boleh bantu kurangkan harga rumah dengan insentif.

“Walaupun harga rumah meningkat, kerajaan tetap respons dengan mewujudkan banyak program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia. (PR1MA) dan MyHome,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perumahan Negara (JPN), semalam.

Mengenai kenaikan harga rumah menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Abdul Rahman berkata, menerusi kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), harga rumah dijangka meningkat antara dua dan tiga peratus sahaja.

“Kalau lebih tiga peratus, mereka boleh dikenakan tindakan Akta Pencatutan,” katanya.

Beliau, bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan pemaju menggunakan alasan lain bagi menaikkan harga rumah.

“Saya risau harga itu dinaikkan bukan kerana GST, tetapi kerana mahu untung lebih. Mengikut perkiraan kita, hanya lebih kurang tiga peratus sahaja kenaikan setelah mengambil kira kenaikan harga barang pembinaan.

“Kalau harga naik, laporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak berhasrat mewajibkan konsep bina kemudian jual (BKJ) seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

“Kita tidak berhasrat mewajibkan konsep BKJ kepada semua pemaju, kerana kita khuatir jika diwajibkan pada masa GST dilaksanakan harga rumah semakin melambung,” katanya.

Beliau meminta kerajaan negeri bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan seperti PR1MA bagi membolehkan mereka membangunkan rumah mampu milik di negeri-negeri terlibat.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya tidak merebut dengan Kerajaan Pusat berhubung senarai nama bakal penghuni kediaman mampu milik itu.

Post a Comment

3 Comments

  1. Banyak skim yang ujud untuk membantu rakyat tetapi jumlah kuantiti yang dibina tidak mencukupi dan harga yang ditetapkan juga tinggi bukan kemampuan rakyat. Sepatutnya kerajaan membina rumah di tanah tanah rezab melayu dan dijual kepada orang melayu.begitu juga di tanh tanh wakaf dan dijual dengan harga murah untuk mereka yang berpendapan rendah dan miskin.Kerajaan juga berkuasa untuk tidak meluluskan projek projek mewah jika pemaju tidak menyediakan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.Apa yang berlaku sekarang pemaju sewenang wenangnya membina rumah mewah yang membuat keuntungan tinggi buat mereka.

    ReplyDelete
  2. Katanya...kerajaan tak ada kuasa ? Ok lah mungkin jugak...tapi takkan tak ada idea utk selesaikanxmasalah ini.jiran kita singapura dari duluuuuuuuuuuuuu lagi takde pun dwngar masalah rumah...kalau nak dikira lagi limited tanah diorang....yg jadi susahnya bukan kerajaan takde kuasa...cuma ada segelintir org yg diamanahkan tak tau fikir untuk buat kerja

    ReplyDelete
  3. Membanteras rasuah tanggungjawab bersama.Mohon bantu kami membanteras rasuah.Dalam masa terdekat kami akan bongkarkan rasuah dan penyelewengan beberapa agensi kerajaan dan glc.Mohon pautkan blog kami di blog tuan

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..