Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana berjaya mengorak langkah berbeza untuk mengadakan program Hari Terbuka nya di PWTC pada hari Sabtu lepas.
1st impression saya apabila berada di Dewan Tun Razak II ialah adakah program yang dianjurkan ini bertemakan syok sendiri atau sebenarnya tidak mencapai sasaran pelawat yang ditetapkan. Secara peribadi, kehadiran saya ke program tersebut adalah atas dasar nak beri sokongan kepada kawan² Pemuda UMNO yang bertugas pada hari tersebut.
Sebelum saya terus mencoretkan lagi pandangan di sini, mungkin ada perkara yang akan membuatkan beberapa pihak tidak setuju dan mungkin berkecil hati atau menjadi marah. Tetapi saya harap artikel ini dijadikan modal untuk post mortem ahli jawatankuasa pelaksanaan program ini kelak.
KELEMAHAN JEMPUTAN
Saya menerima jemputan ke program ini melalui dua (2) poster seperti di bawah (tak tahu lah mungkin ada poster selain daripada ini) ;
Secara umumnya, orang yang melihat poster ini tidak akan tertarik langsung untuk hadir kerana maklumat yang disertakan di dalamnya tidak memadai untuk menarik perhatian pembaca. Bahkan pembaca juga tertanya² apakah ia merupakan program untuk ahli UMNO saja atau terbuka untuk sesiapa saja. Walaupun tertera jemputan untuk semua hadir.
Pembaca yang melihat poster ini tidak ketahui apakah jenis program yang cuba diadakan oleh Pemuda UMNO Malaysia ini. Saya fikir, adalah lebih baik sekiranya poster ini mengajak orang ramai untuk mengenali Biro² Pemuda UMNO secara lebih mendalam.
Atau ditambah dengan beberapa baris perkataan yang membuatkan pembaca ingin tahu lebih lanjut seperti ;
JOM KENALI BIRO²
PEMUDA UMNO MALAYSIA
Kenali Siapa Mereka Di Sebalik Biro bla bla bla
Ketahui Apa Tujuan Penubuhan Biro bla bla bla
Bagaimana Untuk Menyertai Biro bla bla bla
Tak salah jika menggunakan istilah² yang lebih catchy dan dekat dengan hati anak muda yang hendak dimenangi. Kena ada penggunaan ayat yang mengajak untuk bersama Pemuda. Bukannya macam poster² seperti di atas.
PROMOSI
Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin pernah berkata bahawa pemimpin Pemuda UMNO perlu bijak mempromosi UMNO dan menarik sokongan daripada golongan sasaran. So dalam hal ini, apa yang saya lihat dan mungkin boleh kongsikan bersama ialah penggunaan media sosial yang terdapat di dalamnya anak² muda.
Media sosial adalah lokasi terbaik untuk mempromosi program Pemuda UMNO. Saya pernah memberi gambaran kepada beberapa pihak sebelum ini bahawa Biro² Pemuda UMNO perlu mempunyai jentera siber nya sendiri. Bukan saja untuk counter isu melibatkan Biro tetapi juga berperanan untuk membantu mempromosi dan memberi penerangan kepada masyarakat berkenaan kewujudan Biro² di dalam sayap UMNO ini.
Sekurang²nya 5 orang jentera siber meliputi Facebookers, Bloggers dan lain² media lagi untuk 1 Biro. Jika lebih lagi bagus tetapi seperkara yang harus diingat bahawa jentera tersebut hendaklah mempunyai followers mereka tersendiri. Bukan saja dari kalangan penyokong kerajaan bahkan kalangan atas pagar itu sendiri.
PENGGUNAAN GADIS LITAR
Sehingga saya menaip artikel ini, saya masih lagi tak berapa faham kenapa terdapat booth² tertentu menggunakan khidmat 'gadis litar' yang membantu jawatankuasa memberi 'penerangan' ringkas mengenai Biro² terbabit.
Persoalannya kenapa khidmat gadis² ini digunakan dan agak pelik juga program ini Pemuda yang anjurkan, kenapa bukan Pemuda saja yang menjadi host untuk booth² tersebut. Apakah nilai tambah kepada penggunaan gadis litar tersebut? Sekadar untuk menarik orang untuk memasuki booth mereka atau menjadi penyeri saja.
Saya berpandangan, tidak perlulah Pemuda beriya² menggunakan khidmat 'berbayar' daripada gadis² tersebut. Better guna khidmat ahli² Pemuda yang ramai sedia untuk memberi khidmat mereka secara percuma dan kemungkinan knowledge mereka juga lebih baik mengenai Biro tersebut.
Apa yang penting, setiap Biro² harus libatkan lebih ramai ahli Pemuda UMNO sendiri untuk bersama dalam setiap program / aktiviti Biro. Besarkan network sesama ahli terlebih dahulu sebelum menarik crowd yang ramai dari kalangan orang luar parti.
LOKASI
Sekadar pandangan saya jika Pemuda UMNO ingin tackle golongan sasaran di luar UMNO maka lokasi yang diadakan berkemungkinan di tempat² terbuka dan ramai orang. Seperti di pusat membeli belah, siar kaki Bukit Bintang, Midvalley Convention Centre dan pelbagai lagi lokasi seluruh negara.
Pemuda UMNO diharap lebih concern bahawa sesuatu pameran atau expo yang diadakan, perlu ada daya tarikannya tersendiri atau mempunyai steady crowd. Jika tiada elemen² seperti berikut, kemungkinan ianya akan berlangsung hambar seperti yang berlaku Sabtu lepas.
Untuk menarik anak muda menyertai UMNO mungkin sesuatu perkara yang sedikit sukar tetapi menarik mereka untuk mengenali UMNO secara positif adalah satu perkara yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Saya tak berminat untuk memanjangkan teguran ikhlas ini kepada Pemuda UMNO Malaysia tetapi apa yang lakukan ini adalah untuk manfaat bersama demi kelangsungan perjuangan Pemuda UMNO.
11 Comments
Bukan nk kata tapi masa saya pegi dia org tgk saya macam orang asing....dahlah masa melawat booth dia...langsung tk layan semua sembang dgn kawan je..... bila dia org tanya dtg atas kapasiti apa Saya cakap sebagai pengunjung awam dia org pelik....Saya rasa tk sesuai dgn poster open day...dalam hati Saya berkata patut golongan remaja jauh kan diri Dari Pemuda Umno....
ReplyDelete'KONGRES', 'MEETING', 'PAMERAN'...kedengaran suatu yg menakutkan dan membosankan bg kami anak muda yg kurang terdedah...
ReplyDeletebetul sangat 2 YB sy tengok bukan lagi semangat lagi bertambah benci .sy pun hairan dgn umno baik kws sy mereka suka berpuak2 ,tak suka mendekati org ramai andai kata buat pun kerana terpaksa. apasalah ramai2 pergi ke majlis 2 khawin bawak hadiah dari kelab umno ke majlis tahlil majlis bercukur dan pasar2 malan sakit lah org umno bila nk maju masih lagi ada kepertingan diri bila hilang kuasa masih lagi tak sedar
ReplyDeleteSetuju bro, mana de ramai org dtg. Syok sdr tu.
ReplyDeletePengajaran buat pemuda bahagian dan pusat selepas ini perlu di fikir dgn mendalam setiap aktiviti mendekati anak muda.jangan sampai mereka lebih menjauhkan diri dari kita.
ReplyDeletesebagai ahli sy juga terkilan dgn prog yg melulu dalam masa yg singkat tetapi modal besar.pastinya merugikan dan tiada keuntungan pada ahli serta pusat.
mohon YB perhatikan kiri dan kanan pegawai atau exco yg mahu mengadakan prog agar tidak berlaku lagi begini.
Anak muda tidak mahukan sifat ELIT yang diamalkan oleh EXCO dgn pemuda peringkat bawahan (bahagian n cawangan) mereka perlukan perhatian bukan perbezaan jawatan apatah lagi yg atas pagar dan yg hitam,pastinya mereka tidak mahu mendekati sikap begini...
Jangan sampai yg putih pun larikan diri sebab tidak mendapat perhatian..
Anak di rumah di tinggalkan kera di hutan disusukan...
Semoga Pemuda UMNO terus berada di tangga teratas pilihan anak muda..
We love UMNO
We love Pemuda UMNO
Save UMNO
Save PEMUDA...
-Pemuda UMNO Sejati-
buat kat pwtc ble claim lebihhh.masyukkk..tujuan dekat dipoket..jauh dr rakyat
ReplyDeleteSaya pun Pemuda UMNO dan saya berada di tempat pameran. Saya setuju dgn kenyataan Rizqeen Hill sbb perkara ni benar. Pemuda perlu berubah, jgn syok dgn program sebegini utk cukupkan kpi tahunan saja.
ReplyDeleteSyabas blogger kerana berani bercakap benar.
walopon pahit terpaksa telan jua bro. tegur utk kebaikan tu bagus !
ReplyDeleteM.t jgn amek info dr bahagian.. Cuba selidik dr akar umbi..... Kepincangan apa yg berlaku...
ReplyDeletedemi kebaikan saya setuju perlu berubah atau pun mahu diubah fikirkanlah
ReplyDeletesetuju demi kebaikan berubah sebelum diubah
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..