Full Width CSS

Perubahan Cuaca Punca Anjing Laut Merogol Penguin


Isu pemanasan global bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan cuaca sejagat dan kehidupan harian manusia, bahkan ia menyebabkan aktiviti seks haiwan di benua Antartika menjadi celaru apabila anjing laut didapati ‘mengahwini’ penguin.

Laporan stesen penyiaran terkenal BBC hari ini mendedahkan, pasukan penyelidik antarabangsa terkejut melihat gejala seks songsang dalam kalangan haiwan terbabit malah mendapati ada sekumpulan anjing laut tergamak ‘memperkosa’ seekor penguin.

Hasil kontroversi kajian itu diterbitkan jurnal saintifik Polar Biology baru-baru ini dan saintis mendakwa kekeliruan tersebut berlaku akibat tekanan rasa kecewa disebabkan tempias fenomena pemanasan global lebih sedekad lalu yang turut melanda benua Antartika.

Mereka mendakwa pernah pada 2006 lalu, untuk kali pertama, seekor anjing laut dilihat bersetubuh dengan seekor penguin raja di Marion Island, sebuah pulau kecil Antartika yang banyak didiami kumpulan besar dua spesies haiwan tersebut ratusan tahun lamanya.

Mulanya, saintis berpendapat anjing laut itu mungkin sedang bermain-main dengan penguin tersebut tetapi selepas pemantauan secara rapi, penyelidik akhirnya mengakui dua haiwan berbeza itu bertindak agresif dan memang serius melakukan hubungan jimak.

Setakat ini mereka hanya menerbitkan laporan berkaitan penguin raja atau Aptenodytes patagonicus yang sudi melayan nafsu anjing laut berbulu dikenali Arctocephalus gazelle manakala haiwan-haiwan lain belum lagi berubah selera seks semula jadi.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..