Wednesday, November 12, 2014

Sukan & JPJ Menyatukan Rakyat Malaysia Sebenarnya @NajibRazak @NazirHussin79


Usaha berterusan pelbagai pihak mendesak agensi kerajaan agar memikirkan ataupun mengkaji semula peraturan baru diperkenalkan harus dipuji.

Hari ini usaha tersebut membuahkan hasil dan 'berita' separa gembira diperolehi pelbagai golongan masyarakat yang terlibat secara langsung.

Berita mengenai hal ini telah tersebar lebih awal minggu ini (Isnin) melalui posting status Facebook Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa saudara Nazir Hussin yang merupakan AJK Pemuda UMNO Malaysia bertindak sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP).


Di dalam posting tersebut, beliau memberitahu bahawa satu pertemuan antara beliau dan Ketua Pengarah JPJ telah diadakan. Dalam perjumpaan tersebut, beliau mendesak agar pihak agensi mengkaji semula akta peraturan jalan raya yang dikeluarkan baru-baru ini, sebelum ianya dilaksanakan.

Hal tersebut telah dipersetujui oleh Ketua Pengarah kepada beliau secara lisan dan hari ini ianya terbukti apabila kenyataan rasmi daripada JPJ telah dikeluarkan untuk makluman semua pihak.

"Alhamdulillah syukur setelah berjumpa dan berbincang selama 3 jam, 4 mata dengan Dato Seri Ismail, Ketua Pengarah JPJ Malaysia, akhirnya Dato Seri setuju untuk mengkaji semula segala bentuk operasi pihak JPJ".

"Operasi tinted gelap ditangguhkan sehingga 1 Mei 2015. Operasi lain dikaji semula", ujarnya.

Tahniah diucapkan kepada saudara Nazir dan rakyat Malaysia khususnya yang konsisten cuba 'memberitahu' kepada JPJ agar tidak terburu-buru membuat penguatkuasaan undang-undang.

Seperkara yang harus kita sedari ialah sebenarnya bukan saja sukan menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, etnik serta fahaman politik bahkan JPJ juga menyatukan kita semua untuk menghentam menyuarakan rasa dalam hati terhadap agensi tersebut.

Terima kasih JPJ !

2 comments:

  1. Bodoh.. mengkaji peraturan baru?
    semua peraturan ini sudah ada sejak merdeka.
    Cuma JPJ yg tk kuatkuasa dan sekarang rakyat jadi 'lemak'. Sepatutnya tekan pengguna supaya ikut piawaian, dan peraturan, bukan main tawar menawar.. no plat ni Thailand pun pakai serupa jenis, Malaysia je mcm rojak.. rakyat besar kepala...
    lampu HID yg terang2 kasi blind eye pemandu lain.. tp demi org2 bebal kaya JPJ takut?

    Apa undang2 pun skrg sudah boleh ubah dan tangguh atau batal.
    Apa nak jadi Malaysia?
    melahirkan rakyat yg bebal dan mahu buat suka hati.
    Cemrin gelap sudah turun jadi 70% tapi operasi nak suruh tangguh?
    So baik tutup je semua mahkamah, balai2 Polis.. dan batalkan semua akta undang2..
    puas hati semua.

    Bodoh punya perjuangan. Lagi banyaklah lepas ni jenayah-kemalangan-samseng jalan raya etc..
    Inilah hasilnya bila PM lembik.. dr atas sampai bawah semua jd lembik!

    Mintak Tun M jadi PM balik lah..!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...