Full Width CSS

43 Fakta Ringkas Bajet Negeri Terengganu 2015


Berikut adalah 43 fakta ringkas mengenai Bajet 2015 bagi negeri Terengganu Darul Iman seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif.

1. Bajet dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat

2. Bersifat inklusif kerana mengambil kira pandangan rakyat melalui Majlis Perundingan Rakyat, secara online melalui minggu pandangan bajet, whatsApp, SMS. 
3. Hasil RM2.4 bilion pada tahun 2015. Bajet surplus.

4. Peruntukan Pembangunan RM699.8 juta (sektor sosial), RM335 juta (sektor ekonomi), RM201.3 juta (sektor pentadbiran).

5. Empat strategi
Pertama : Memperkasa Sistem Penyampaian Kerajaan.
Kedua : Memantapkan Pembangunan Modal Insan.
Ketiga : Meningkatkan Kualiti Hidup Rakyat.
Keempat : Merancakkan Ekonomi Negeri.

6. Penubuhan Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT)

7. Bantuan ehsan RM 500 bagi setiap keluarga mangsa banjir baru baru ini.

8. RM10 juta untuk kemudahan WiFi di tempat strategik seluruh negeri

9. Kemudahan permohonan secara online bagi bantuan kerajaan

10. Hadiah RM100 untuk setiap bayi yang lahir dalam tahun 2015. Melalui SSPN-i.

11. Bonus untuk Guru - Guru Pintar Qur’an

12. Hadiah RM500 untuk setiap pelajar Terengganu yang mendapat keputusan 5A dlm UPSR 2014. Melalui SSPN-i

13. Bina 3 lagi Sekolah Menengah IMTIAZ dgn kos keseluruhan RM 180 juta

14. Program Melahirkan 'Yusuf Al Qaradawi'.

15. Menaik taraf Institut Al Qu’ran Terengganu.

16. Hadiah baucer RM 500 untuk pelajar masuk IPT

17. PTPTN - kerajaan menampung bayaran caj pengurusan 1%.

18. 10 lagi biasiswa PhD, bagi kakitangan Kerajaan Negeri.

19. Biasiswa penuh untuk 3 pelajar cemerlang SPM, sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Program Saintis Islam (PSI).

20. Makmal bahasa di 32 buah sekolah.

21. Tambahan peruntukan utk Program “Second Honeymoon”.

22. RM30 juta untuk pelaksanaan Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah.

23. RM 10 juta utk Tabung Dana Khas Darul Iman utk org miskin dan pesakit kronik.

24. Pusat Hemodialisis dan Pusat Rehabilitasi di setiap 8 kawasan Parlimen utk pesakit buah pinggang dan pesakit yg memerlukan rawatan susulan.

25. Yayasan PBT di setiap daerah. 1% pendapatan PBT dimasukkan dlm Yayasan utk golongan miskin.

26. Percuma - Perkhidmatan bas bandar

27. RM19 juta untuk pembangunan bekalan air.

28. Program Latihan Pembantu Rumah utk bantu ibu tunggal dan org miskin

29. Taman Rekreasi Keluarga - RM 2 juta setiap daerah.

30. Kenaikan insentif dari RM 2000 kpd RM 5000 utk Persatuan Belia yg aktif.

31. RM2,000 untuk setiap PIBG.

32. RM60 juta bagi menjayakan program kebersihan.

33. RM 34 juta bagi kerja - kerja - perparitan.

34. RM 5 juta utk Peniaga kecil di kampung.

35. Bazar Rakyat di Kuala Terengganu - Pasarnita utk wanita berniaga.

36. RM10 juta utk bantu golongan ibu tunggal berniaga

37. Pengayuh beca roda tiga, pemandu bot penambang tradisional - sumbangan sebanyak RM200 sebulan.

38. RM 20.6 juta - Program pertanian.

39. RM17.3 juta untuk pengurusan sukan.

40. RM 10 juta utk Litar Motosikal yg akan dibina di kawasan di Gong Badak

41. Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 utk kakitangan awam.

43. Tema Melestarikan Budi, Memacu Transformasi.

Post a Comment

0 Comments