Full Width CSS

Apahal Pula Ku Nan Ni Menyanyi Kat Tepi Jalan? @TengkuAdnanReal @NajibRazak #WPCeria #WPPrihatin


Weihhhh korang pernah tengok seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri & Ahli Parlimen menyanyi di siar kaki Bukit Bintang?

Gambar ini dirakamkan malam tadi di Jalan Alor, Bukit Bintang semasa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan melakukan lawatan tidak rasmi dan tiada protokol ke sekitar tiga segi emas Kuala Lumpur bagi melakukan pemeriksaan kebersihan kawasan sekitar dan meninjau penambaikan yang sedang dinaiktaraf.


Tak tahu lah apa jenis lagu yang beliau nyanyi tapi yang penting, ini adalah salah satu cara beliau menyokong perkembangan positif pemuzik jalanan (buskers) yang saban hari kian diterima oleh masyarakat terutama di ibu kota ini.

Untuk info, buskers di DBKL telah dibenarkan membuat persembahan di tempat² awam tetapi dengan syarat mereka perlu memohon lesen / permit.



Sebelum itu, beliau telah ke Jalan Petaling. Beliau berkesempatan meninjau sendiri aktiviti perniagaan di samping memeriksa lesen beberapa buah premis di kawasan berkenaan bersama² Pengarah Bahagian Penguatkuasaaan dan Timbalan Pengarah Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam tinjauan tersebut, beliau sempat berbual dengan beberapa gelandangan yang terserempak dengannya.


Saya percaya tinjauan mesra yang dilakukan oleh Menteri WP ini adalah satu langkah yang baik dan boleh diterima oleh semua peringkat golongan rakyat. Tiada sebarang protokol mahupun aturcara rasmi diadakan dan semuanya dilakukan dengan pendekatan santai.

Jom ikuti perkembangan semasa program & jadual Menteri WP di sini.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..