Saturday, December 27, 2014

Dana Tambahan Bantuan Banjir RM500 Juta & Darurat Tak Diisytiharkan - PM @NajibRazak #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur


Saya telah meninjau dan melakukan lawatan ke banyak kawasan di Kelantan yang dilanda banjir. Dalam sidang media berkaitan, saya menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.

Selain itu, saya juga melahirkan kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menangani isu banjir yang melanda kini.


Saya juga telah mengumumkan 3 langkah tambahan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu;

Penambahan dana bantuan banjir sebanyak RM500 juta melalui Majlis Keselamatan Negara untuk kesemua negeri yang dilanda banjir; pembayaran BR1M akan dipercepatkan ke pertengahan atau penghujung Januari; dan institusi kewangan mengatur semula jadual pembayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir.


Mengenai pengisytiharan darurat, ia tidak diisytiharkan kerana terdapat pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada penduduk terlibat banjir, terutamanya kerana pihak insuran tidak akan membayar ganti rugi sekiranya darurat diisytiharkan. Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan seperti berada dalam darurat dan mengerah semua aset untuk membantu keadaan banjir.

Mudah-mudahan inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir, dan pada masa sama kita terus dan jangan berhenti berdoa agar musibah banjir yang melanda kita kini mulai surut dan reda, Insya-Allah.



YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak
Perdana Menteri

1 comment:

  1. ALHAMDULILLAH memang membantu! =)

    AZIRA FOOD CHARITY di bawah kendalian saya dan AMALTEAM sedang mengumpulkan dana bantuan banjir. Boleh ke link blog saya seperti di bawah. Sumbangan terkumpul pada 2 Januari 2015 (Jumaat) akan diserahkan kepada pihak AMALTEAM.

    http://syahmizaludin.blogspot.com/2014/12/isu-hangat-azira-food-charity-dan.html

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...