Full Width CSS

Pendatang Asing Tanpa Izin Digesa Biarkan Diri Ditangkap Pihak Berkuasa Tempatan @imigresenmy


Melihatkan gambar² daripada Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui jalan udara telah menyebabkan saya menulis artikel tak seberapa ini.

Cuma saya berharap, Pembaca² untuk artikel kali ini adalah terdiri daripada rakyat Indonesia yang bertaraf PATI. Kalau para Pembaca warganegara Malaysia barangkali boleh dijadikan panduan untuk memberi nasihat kepada PATI² berhampiran mereka.



Seperkara yang saya fikirkan, mengapa sebelum ini Polis Maritim Malaysia begitu giat menangkap PATI yang cuba keluar daripada negara ini dengan menaiki bot. Walhal jika diikutkan pendapat saya dan barangkali para Pembaca beranggapan biarkan saja sebab mereka nak keluar dari Malaysia bukannya nak masuk ke Malaysia.

Namun sebenarnya tindakan tersebut adalah atas dasar tanggungjawab sebagai penguatkuasa yang mengambil kira faktor keselamatan mereka apabila berada di tengah laut yang tentu sekali akan mempunyai risiko yang sangat tinggi berbanding melakukan pergerakan di sebelah siang merentasi lautan luas.


Sebenarnya telah lama kerjasama antara Jabatan Imigresen Malaysia & pihak kerajaan Indonesia menguruskan penghantaran pulang rakyat mereka melalui jalan udara yang tentu sekali lebih selamat, cepat dan yang pastinya PERCUMA.

Lihat gambar² proses penghantaran pulang rakyat Indonesia bertaraf PATI di Malaysia.



Saya tak pasti apa bentuk tindakan kerajaan Indonesia terhadap rakyatnya ini. Mungkin mereka diminta untuk terjun dari kapal terbang, saya pun tak pasti. Semoga mereka semua selamat sampai ke tanah air tercinta.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..