Full Width CSS

Pesawat AirAsia Penang - Langkawi Hadapi Masalah Teknikal


Pesawat AirAsia dari negeri ini ke Langkawi berpatah balik dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.

Pesawat AK6242 berpatah balik selepas 10 minit memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 4.30 petang, sebentar tadi.
Penumpang, Subash Elangovan berkata, juruterbang pesawat berkenaan memaklumkan kepada mereka bahawa pesawat berkenaan mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik.

Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP, namun sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Air Asia enggan mengulas lanjut.

Post a Comment

0 Comments