Full Width CSS

Salah Siapa Apabila Pemandu Teksi Uber Rogol Penumpang @aduanSPAD @NajibRazak


Kejadian pemandu teksi Uber merogol penumpang dilaporkan berlaku di India baru² ini. Kini pasukan polis India masih lagi berusaha mengesan seorang pemandu teksi perkhidmatan tempahan antarabangsa, Uber.

Pegawai polis New Delhi berkata, siasatan lanjut yang dilakukan menjumpai sebuah teksi yang ditinggalkan pemandu berusia 32 tahun itu, namun pemandu tersebut masih dicari.


Akhbar Press Trust of India melaporkan, wanita itu tertidur semasa menaiki teksi terbabit. Apabila dia terjaga, dia dapati teksi itu berada di sebuah tempat tersorok dan pemandu teksi tersebut kemudian mengugut wanita berkenaan dan merogolnya.

Bagaimanapun India dilaporkan telah menggantung & mengharamkan perkhidmatan teksi Uber di negara terbabit kerana ia membabitkan risiko² yang merbahaya kepada penumpang terutamanya wanita.

Persoalan yang barangkali Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pun gagal menjawabnya.

Bagaimana pihak berkuasa tempatan boleh mengekang perkara ini daripada berlaku terutama di kalangan penumpang wanita yang bersendirian. Bukan saja melibatkan pemandu teksi Uber bahkan pemandu teksi yang mempunyai lesen dan permit yang sah.

Secara peribadi, saya puji Apps yang diperkenalkan SPAD, apa yang diperlukan pengguna
perkhidmatan awam ada di sini.

Hari ini jika sesiapa saja mempunyai aplikasi mySPAD di telefon pintar, mereka boleh memeriksa sendiri adakah pemandu yang sedang membawa mereka seperti yang direkodkan oleh SPAD atau sebaliknya. Jika berlaku kejadian seperti di atas, barangkali usaha mengesan perogol akan lebih mudah kerana maklumat peribadi pemandu sedia direkodkan.

Tetapi bagaimana pula kita sendiri sebagai pengguna mahu mengesan pemandu Uber yang melakukan kesalahan jenayah dan membuat gangguan seksual kepada penumpang. Kemungkinan penumpang dan pihak berkuasa boleh mendapatkan rekod butiran pemandu daripada Uber tapi adakah Uber akan memberikan kerjasama yang pastinya akan memberikan reputasi buruk kepada mereka.

Saya berharap mendapat maklum balas daripada pihak SPAD berhubung perkara ini. Rakyat terutamanya pengguna perkhidmatan awam ingin mengetahui status perkhidmatan teksi Uber.

1. Adakah Uber masih menjalankan perkhidmatan haram?
2. Adakah penumpang tertakluk kepada perlindungan insurans jika menggunakan khidmat teksi Uber?
3. Adakah SPAD akan meluluskan perkhidmatan teksi Uber?

Kejadian² jenayah ini sudah pasti sukar dibendung dan diramal berlaku tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah cuba mencegahnya daripada berlaku.

Post a Comment

2 Comments

  1. salah kote sbb gatal sgt nak tegang..pepet pun salah jg sbb dok tayang2 (pakai sexylah tu)..

    ReplyDelete
  2. bro... lain kali sebelum nk menulis buat research dulu... kaji bagaimana uber melantik atau memilih pemandu nyer... jgn jd blogger yg kurang ilmu dan penulisan yg selekeh...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..