Friday, January 2, 2015

Pembangkang Terutama Malaysiakini Tak Menyumbang Pada Mangsa Banjir Better Tutup Mulut #Banjir2014 #PrayForPantaiTimur

Bantuan oleh UMNO Bdr Tun Razak - Gambar hiasan.

Semenjak isu banjir melanda Pantai Timur, bertalu-talu bantuan barangan keperluan dihantar oleh pelbagai agensi dan pihak serta orang perseorangan semuany dengan satu objektif yang sama iaitu meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir.

Tak terkecuali juga apabila Kementerian Pertanian & Asas Tani di bawah Dato' Seri Ismail Sabri yang dikecam oleh Malaysiakini dan media pembangkang kerana menampal gambar di pek beras yang hendak dihantar ke Pantai Timur.

Gambar hiasan.

Isu tampal gambar di atas beras bukannya perkara pokok tetapi apa yang penting barangan keperluan tersebut telah dihantar dan diterima golongan sasaran.

Kalau Malaysiakini masih tetap nak mainkan sentimen begini, teruskanlah. Kerana ia tidak membawa sebarang manfaat kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka tak perlukan berita hangat dan sensasi sebegini tapi mereka lebih memerlukan bantuan barangan keperluan.

Untuk info bersama, tujuan ditampalkan adalah kerana barangan ini tidak bercampur dengan bantuan-bantuan lain semasa disimpan, dihantar melalui kapal terbang dan lori serta sewaktu pengagihan ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Tiada juga isu pertambahan kos kerana dakwaan pelekat terpaksa dicetak untuk setiap paket bantuan dan petugas terpaksa melakukan tugas melekatkan pelekat juga tidak benar dan tidak berlaku.

Pada pandangan saya lebih baik Kementerian & Ismail Sabri menyaman portal biadap yang sengaja menimbulkan suasana tidak selesa kalangan rakyat. Sedangkan bantuan ini diberikam ikhlas untuk membantu bukannya berkempen.

Sehingga je hari ini juga, tiada pun terdengar Malaysiakini memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Melalui portalnya juga sepi mengenai berita kebajikan dari pihak mereka.

Info bersama yang takkan keluar melalui Malaysiakini.

Pada 26 Dis 2014, seluruh agensi di bawah Kementerian mula dimobilize mengikut tugasan dan menggunakan semua aset serta menggunakan khidmat nelayan / peladang dan lain-lain.

Sehingga kini Kementerian telah menyalurkan bantuan di 8 negeri melibatkan 51 kawasan Parlimen.

Kementerian telah mengeluarkan belanja sendiri, kira-kira RM1.821juta setakat hari ini telah dibelanjakan.

Command Centre telah diwujudkan bagi tujuan ini di Dengkil dan di setiap negeri yang terlibat sama. Terdapat 2 cara penghantaran melalui darat dan udara (ATM).

Gambar hiasan.

Terdapat 3 jenis barangan yang diedarkan, antaranya ;

Makanan Kering - minyak / gula / tepung / rempah / air mineral / telur /ikan bilis / makanan dalam tin / susu / roti / biskut.

Makanan Basah - ayam / ikan / bawang / halia / kobis / carrot / kentang.

Bukan Makanan - lampin bayi / ubat nyamuk / barangan keperluan lain.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...