Tuesday, January 13, 2015

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Antara Sebab Mejar Zaidi Ditamatkan Perkhidmatan Serta Merta


Kalau Mejar Zaidi tak tunjukkan dokumen dalam gambar ini, dia takkan dibuang kerja menurut seksyen 79(2)(c).

Dokumen yang berada pada tangan Mejar Zaidi didalam gambar di atas merupakan format arahan pertukaran tentera yang asli. Apabila surat ini didedahkan kepada umum, lebih ramai lagi yang akan buat pertukaran sendiri dan lebih teruk lagi apabila merujuk kepada Seksyen 79(1) ianya akan digunakan oleh pihak musuh untuk menukarkan pegawai-pegawai ke tempat lain.

Berikut merupakan cabutan dari Akta Angkatan Tentera 1972

Pendedahan maklumat tanpa kebenaran
79. (1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang mendedahkan tanpa kebenaran, sama ada secara lisan, bertulis, dengan semboyan atau melalui apa-apa jua cara lain, apa-apa maklumat yang atau yang berupa maklumat yang berguna kepada musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Dalam seksyen ini ungkapan “maklumat yang berguna kepada musuh” ertinya maklumat yang atau yang berupa maklumat mengenai apa-apa perkara yang maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu musuh, dan khususnya (tetapi tanpa menyentuh keluasan peruntukan yang disebut terdahulu) mengenai apa-apa perkara yang termasuk di bawah perenggan yang berikut iaitu sesuatu perkara yang maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna seperti yang disebut terdahulu, iaitu:

(a) bilangan, perihalan, persenjataan, alat kelengkapan, penempatan, pergerakan, persediaan pergerakan atau keadaan mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya;

(b) apa-apa gerakan, gerakan yang dirancang atau persediaan pergerakan bagi mana-mana angkatan yang disebut terdahulu;

(c) mana-mana sistem kriptograf, bantuan, proses, tatacara, penerbitan atau dokumen mana-mana angkatan yang disebut terdahulu;

(d) mana-mana bungkusan, isyarat panggilan, kata jodoh, kata rahsia, kata laluan atau isyarat pengenalan;

(e) apa-apa langkah bagi mempertahankan atau memperkukuh mana-mana tempat bagi pihak Seri Paduka Baginda;

(f) bilangan, perihalan, kedudukan atau pergerakan manamana orang tahanan perang;

(g) kelengkapan perang.

Layakkah kita menggelarkan Mejar Zaidi PENGKHIANAT? Anda fikirkan sendiri.

11 comments:

  1. http://tanahpuchong.blogspot.com dah kena hacked
    sila ke http://puchongmeranti.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. mana2 anggota yang ingkar perintah akan diberhentikan dari perkhidmatan atam sekiranya semasa keadan perang beliau akan di jatuhkan hukuman tembak oleh firing squad..semua anggota atm tertakluk kepada akta atm 72 dan akta awam didalam negara malaysia dan negara sekutu malaysia

    ReplyDelete
  3. Dah diberi rezeki dibuang buang dan tak bersyukur sekarang siapa nak tolong..

    ReplyDelete
  4. Saya amat setuju apa yang dituliskan dalam portal FMT supay kjaan Pakatan ambil dia bekerja dan PKR mencalonkan beliau bertanding pada GE 14.....Itulah tak ado kojo cari kojo.Court Martial Tentera bukan macam makhamah civil.Tu nasib baik,kalau dicapkan sebagai pengkhianat,hukumannya Death by Firing Squad.

    ReplyDelete
  5. Bukan setakat PENGKHIANAT, tapi sekali bodoh. Cuma tanya betoi2 pada Mejar tu. Sebelum beliau dikenakan tindakan tatatertib, pernah tak dibuatnya apa2 kesalahan kepada anggota tentera yg lain? Kifarah akan sampai pada kita jika kita berbuat pada org lain. Allah SWT yg lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  6. Snowden juga cuba mendedahkan sesuatu untuk kebaikan seluruh dunia tetapi dia dicemuh oleh suku-sakat dia sendiri. Ini menunjukkan buat baik biarlah ada had dan kena pada tempatnya. Kalau had di lepasi dan pendedahan pula mendedahkan keaiban lebih dari kemegahan, elok difikirkan berkali-kali.

    ReplyDelete
  7. Dia sebut " jumpa di mahkamah akhirat". Baguslah, dia sedar pengkhianatannya kpd pasukan tidak berakhir di dunia sahaja. Dia akan menjawab nanti kecurangaanya mengkhianati atm dgn melanggar undang2 pasukan. Baru mejar dh besar kepala. Mcmlah dia seorang digelar 'tuan'.... Bersepah lg yg berpangkat lebih tinggi dpd yg dia ada...

    ReplyDelete
  8. kita tunggu dan lihat kecenderungan parti poliik mana beliau akan ceburi.
    Ini boleh di jadikan bukti samada beliau penkhinat atau tidak

    ReplyDelete
  9. Khianat pada agama dan bangsa lebih teruk lagi bahkan ianya dibuat secara terang-terangan lagi. Itu yang lebih penting dan yang perlu kita tentangi bersama.

    ReplyDelete
  10. Khianat pada agama dan bangsa lebih teruk lagi bahkan ianya dibuat secara terang-terangan lagi. Itu yang lebih penting dan yang perlu kita tentangi bersama.

    ReplyDelete
  11. Boleh lah dia join parti politic dah.. Atm tak perlukan askar yg gagal mematuhi arahan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...