Friday, January 2, 2015

@rafiziramli Masih Lagi Menjaja Angka-Angka Dusta Untuk Kelirukan Rakyat


Keputusan Kerajaan menurunkan harga minyak kali kedua dalam tempoh sebulan minyak petrol RON95 daripada RM2.26 kepada RM1.91 disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, Rafizi Ramli yang baru balik dari luar negara tidak punya a sense of belonging kepada penderitaan rakyat Kelantan sekarang. Pulang ke Malaysia dan terus memomokkan usaha Kerajaan menurunkan harga minyak.
Saya percaya satu-satunya isu yang Rafizi akan elakkan ialah bercakap hal pembalakan haram dan penerokaan hutan secara besar-besaran di Kelantan. Saya tidak percaya Rafizi akan mengkritik Kerajaan Kelantan berkenaan isu ini. Di dalam banyak isu persengketaan dasar Pakatan Rakyat, Rafizi paling takut mengkritik PAS, DAP dan Kerajaan Kelantan. Sangat-sangat takut. Malaysiakini lebih berani di sini

Tatkala Malaysia berjaya menurunkan harga petrol di pasaran, negara-negara lain tidak mampu menurunkan harga. Kita ambil contoh pengeluar minyak terbesar di rantau kita negara jiran Indonesia, mereka sendiri tidak mampu melakukannya. Jika ditanya semula kepada Rafizi, saya percaya dia akan menjawab 'oh Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Indonesia, kerana penduduk Indonesia berjumlah 237 juta orang dan Malaysia hanya 30 juta orang'. Ini adalah jawapan pelajar tingkatan 5.

Negara kaya Singapura dan Brunei turut tidak mampu menurunkan harga minyak petrol.

Tidak Punya Idea Yang Bagus Kepada Negara

Rafizi tidak mempunyai idea yang bagus untuk membangunkan negara kita. Tatkala Kerajaan telah berada di landasan untuk memberikan pendapatan tinggi kepada sektor awam dan sektor swasta, Rafizi mempunyai pandangan yang kontradik. Rafizi berpandangan Kerajaan patut memulangkan subsidi katanya berjumlah RM633 Juta kepada rakyat Malaysia. Soalnya adakah angka itu tepat, statik atau boleh ubah.

Angka yang sebegitu sering dimainkan oleh Rafizi, kononnya Kerajaan rugi sekian juta, subsidi sekian juta, bisnes itu sekian juta tetapi Rafizi tidak pernah berjaya mendetailkan angka-angka itu. Pemikiran ekonomi seperti ini sering diutarakan oleh Adam Smith, seorang pakar ekonomi kuno dari barat.

Saya tidak pernah membaca atau mendengar Rafizi memberikan cadangan yang terperinci semasa mengkritik dasar-dasar Kerajaan. Adakah anda pernah membacanya? Rafizi di dalam PKR, hanya dilatih untuk menjatuhkan usaha kerajaan, memburukkan dasar-dasar kerajaan, dan merosakkan usaha kerajaan membela rakyat.

Rafizi sudah jelas lagi terbukti adalah mantan Penasihat Ekonomi Selangor yang gagal. Rafizi adalah promo Langkah Kajang yang gagal. Anda bersetuju atau tidak?

Oleh itu, saya tidak hairan apabila membaca komentar daripada rakyat jelata yang semakin momok dan memandang buruk kritikan-kritikan Rafizi. Saksikanlah di FB dan sebagainya, rakyat semakin marah dan meluat dengan kritikan-kritikan Rafizi yang tidak kena pada masanya. Sangat jelas, rakyat lebih tahu bersyukur dan Rafizi tidak tahu bersyukur.

Jika Rafizi membaca artikel ini, saya mencabar beliau mendetailkan angka RM633 juta itu. Jelaskan latarbelakangnya, puncanya, undang-undangnya, pembolehubahnya, risikonya, nilai percukaiannya dan yang paling penting di mana RM633 juta itu disimpan, dalam bentuk apa, securitynya, insurans dan implikasinya. Pernah anda mendengar Rafizi menghuraikan seperti ini apabila dia membuat apa-apa tuduhan? Soalnya, Rafizi tidak mampu melakukannya, kerana itu dia gagal sebagai Penasehat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor.

Rakyat Malaysia akan melalui tahun 2015 dengan lebih berani dan matang. Tidak lagi boleh diperdayakan dengan angka-angka dusta sebagaimana amalan lama Rafizi.

Kepada rakyat Malaysia, kita mesti berdiri teguh mempertahankan negara daripada angka-angka dusta. Kerana sekian lama, ianya tidak pernah dibuktikan di hadapan mata kita.

Sumber : JENTAYUABAKA

1 comment:

  1. Bodoh tak payah diajar, ada pula yang SPRM siasat Tun Daim,jangan ingat Melayu saja yang makan rasuah, banyak lagi orang buat, tangkap semua tanpa kira bangsa dan parti politik.Ikut orang DAP semua salah UMNO, PAS dah ikut, PKR sudah dekat, lama-lama semua jadi lembu dicucuk hidung.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...