Full Width CSS

Zaparudin Mahukan Tindakan Diambil Terhadap Editor FreeMalaysiaToday


Mengambil kira keharmonian kaum dan beragama di Malaysia, Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT Malaysia tegas mempastikan keamanan dan kestabilan kehidupan rakyat terpelihara dan tidak terganggu oleh anasir yang sengaja mewujudkan sentimen negatif dalam kalangan rakyat.

Menurut Pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim, penerbitan artikel melalui portal online FreeMalaysiaToday tulisan Mariam Mokhtar pada 23 Januari 2015 yang lepas terdapat unsur hasutan terhadap pembacanya.


Artikel yang bertajuk 'Allah ruling reveals Malay weakness' bermaksud 'Larangan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam menyerlahkan kelemahan bangsa Melayu'.

"Tindakan dia (Mariam) yang kerap mempersoalkan isu kalimah Allah telah melampaui batas dan pertikaian ini akan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia," katanya.

Zaparudin turut mempersoalkan mengapa editor portal tersebut yang masih terus mempertikaikan keputusan mahkamah sebelum ini.

"Hujah dangkalnya yang kononnya kaum Melayu adalah lemah sehingga kononnya terpaksa mengharap kepada larangan kalimah Allah ini adalah amat tidak berasas sama sekali.

"Mahkamah telah memutuskan hal-hal berkenaan isu-isu yang sensitif seperti keagamaan dan perkataan suci demi memelihara kesejahteraan rakyat. Jadi isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi", tambahnya lagi.


Beliau turut melahirkan rasa pelik dengan sikap penulis seolah-olah apa yang digambarkan Mariam sedang dan pernah berlaku di sini.

"Paling berbahaya sekali apabila dia mengaitkan isu kartun dan pembunuhan staf Charlie Hebdo di Perancis dengan keadaan yang sama di Malaysia. Seolah-olah Malaysia ini tidak selamat dan menuju ke arah kancah rusuhan dan peperangan", tegasnya bercakap kepada Pemberita selepas membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Penulisan cetek dan barangkali Mariam menulis mengikut tekak saja. Mariam turut menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan fahaman wahabi walhal umum mengetahui Malaysia mengamalkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Tuduhan sebegini memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan umat Islam di Malaysia serta memberikan persepsi negatif di kalangan bukan Islam."

Di dalam artikel tersebut juga Mariam menuduh dan membuat tanggapan buruk kepada Islam dengan mengatakan seolah-olah Islam melarang golongan wanita untuk keluar bekerja. Dan ada yang terpaksa menjadi pelacur kerana tidak boleh mengharap kepada sistem kebajikan di Malaysia. Jelas ini adalah satu penyelewengan fakta dan berniat jahat.

Beliau turut berharap pihak polis untuk mengambil tindakan lebih serius kerana terbukti sebelum ini Mariam pernah menulis artikel tanpa asas dan bukti yang kukuh serta telah beberapa kali melakukan fitnah terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia tanpa apa-apa memperjelaskan dengan bukti yang sahih.

Post a Comment

3 Comments

  1. Masalahnya sekarang ramai Melayu yang sanggup menjadi cai si kapir.Lihat sahaja portal Kit Siang setiap kali keluar posting akan memetik kenyataan reporter Melayu. Orang Islam sendiri masih tak dapat membersihkan musuh dalaman (munafik) bagaimana kita nak menentang luaran?

    ReplyDelete
  2. Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

    Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

    Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

    Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

    Haa haaa Haaa

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

    Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..