Tuesday, February 17, 2015

PRK DUN Chempaka : BN Perlu Ambil Langkah Bijak Elak Pembaziran & Fokus Bantu Rakyat Kelantan


Terdapat beberapa suara sumbang daripada kalangan rakyat terutama di pihak Pembangkang yang mengatakan UMNO / Barisan Nasional (BN) dilihat takut untuk bertanding di DUN Chempaka yang sebelum ini disandang oleh Nik Aziz.

Mungkin tidak terlalu lambat untuk saya ucapkan kepada macai² Pembangkang terutama yang hanya suka baca headline / tajuk artikel sahaja. Jangan terlalu menunjukkan kebodohan anda walaupun sememangnya anda berada di tahap bodoh sombong.


Beberapa hari lepas, Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohammed menyuarakan pendapat beliau yang disokong oleh ramai pihak. Beliau mencadangkan supaya UMNO / BN tidak bertanding di DUN Chempaka kerana ingin mengelakkan pembaziran dan perkara yang harus difikirkan bersama ketika ini adalah membangunkan semula negeri Kelantan selepas banjir.

Namun ada sesetengah pendapat mengatakan keperluan UMNO / BN bertanding demi mempertahankan maruah daripada dianggap sebagai pengecut dan tidak berani meletakkan calon di kawasan yang diyakini boleh dimenangi oleh lawan dari PAS.

Secara peribadi saya bersetuju dengan saranan Datuk Mustapha kerana apa yang perlu diutamakan adalah kita perlu mengelakkan daripada berlaku pembaziran sepanjang kempen tersebut di mana kita sendiri boleh menjangkakan kekalahan di DUN ini walaupun dengan majoriti yang tidak begitu tinggi.

Lihat graf kenaikan sokongan kepada BN setiap Pilihanraya Umum.


Mungkin selepas melihatkan graf di atas, banyak pihak merasakan ada keperluan BN bertanding di DUN tersebut. Tetapi apa yang ditekankan oleh Pengerusi UMNO Negeri adalah fokus Kerajaan Persekutuan untuk membantu membangunkan semula negeri Kelantan yang mengalami damage yang besar dan memerlukan masa yang lama untuk tujuan tersebut.

Jangkaan daripada pelbagai komentar pakar² seluruh Malaysia merasakan Kelantan akan membangun seperti sebelum kejadian bencana banjir yang lepas dalam tempoh lebih daripada 10 tahun jika tanpa bantuan kerajaan Pusat.

Inilah masa yang sesuai dirasakan apabila Kerajaan Persekutuan melalui UMNO menyatakan hasrat membantu kerajaan negeri PAS dalam usaha mengutamakan keperluan rakyat dalam segi kebajikan bersama. Langkah ini adalah permulaan dalam era kesepakatan antara Melayu / Islam bersatu dalam menuju arah kegemilangan yang sudah pasti bakal dicemburui oleh DAPig.

Tak salah kita angkat tangan bukan tanda menyerah tetapi mengangkat tangan sebagai tanda ikhlas untuk membantu rakyat negeri Kelantan.

Harap macai² PAS boleh bantu usaha kerajaan Pusat & Negeri ini. Kerajaan BN sentiasa mendahulukan rakyat.


No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...