Tuesday, March 31, 2015

Dua ADUN Useless Dari Perak Sibuk Halang Tugas #DBKL


Dua Adun PKR dari Perak dan empat lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan menghalang tugas seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika ditahan di tapak perhimpunan haram ‘‪#‎Kitalawan‬’, Jumaat lalu.

Kesemua mereka membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Adun PKR itu ialah Chang Lih Kang, 35 yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Teja dan Tan Kar Hing, 33, yang mewakili DUN Simpang Pulai.

Empat yang lain ialah Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak Chee Chu San, 40, dan pembantunya, Yong Ming Chong, 48, bekas Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya N. Tamilarason, 53, dan aktivis Gan Zhi Mou, 24.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama dengan sengaja menghalang pegawai DBKL Mohd Hariyadi Mohd Nor, 34, dan pasukannya daripada menjalankan tugas di Jalan Tun Perak, Persimpangan Jalan Raja Laut berhampiran air pancut, Dang Wangi pada 12.25 tengah malam, 27 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

IKLAN


Sementara itu, Chee juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang lagi pegawai DBKL, Mat Fuat Yusoff, 50, daripada menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam pada masa, tempat dan hari yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarnya kesemua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin manakala Chee yang berdepan dengan dua pertuduhan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan kes itu ditetapkan pada 27 April depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Melissa Sasidaran.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...