Tuesday, March 17, 2015

Pesawat America Airlines Berpatah Balik Selepas Langgar Burung


Pesawat American Airlines, AA1320 terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang JFK selepas terlanggar seekor burung semasa berlepas.

Menurut jurucakap American Airlines, pesawat berkenaan berlepas ke St. Thomas pada jam 1:20 petang dan telah berada 10 minit di udara seekor burung tersangkut di cermin hadapan pesawat.

Pesawat berkenaan telah kembali selamat mendarat dan pihak berkuasa lapangan terbang tempatan mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan mendapati tiada kerosakan serius berlaku.

Menurut pihak berkuasa, pesawat berkenaan membawa 126 penumpang termasuk krew.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...