Monday, April 6, 2015

Cari Pasaraya Yang Menawarkan Harga Terbaik Selepas #GST


Dengan pelaksanaan GST, ramai yang merasakan bahawa mereka terpaksa menanggung pelbagai kos yang menyusahkan diri mereka. Padahal realitinya adalah GST adalah cukai baru yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan cukai sedia ada iaitu SST.

SST cukai yang telah dikenakan kepada kita tanpa sedar sebanyak 10% untuk semua jenis barangan dan perkhidmatan.

GST pula cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia sebanyak 6% untuk bukan semua jenis barangan dan perkhidmatan.

Jika sebelum 1 April 2015, kita dikenakan caj 10% tetapi selepas tarikh tersebut kita akan dikenakan kurang 4% dari sebelum ini dan ini menunjukkan kita hanya membayar cukai yang rendah berbanding sepanjang 43 tahun yang lalu.

Ramai orang complaint barang² keperluan harian menjadi mahal apabila ‪#‎GST‬ ni dah dilaksanakan. Tapi kebanyakan kita terlupa bahawa di Malaysia ni ada pelbagai jenis pasaraya besar, mini market dan kedai² runcit.

Semua ini ada bukan sekadar untuk suka² tetapi lebih kepada keutamaan kepada rakyat sebagai pengguna membuat pilihan. Berikut senarai tersebut.
  
Mydin,
Tesco,
Giant,
Jusco,
Hero,
Sogo,
The Store,
AEON Big,
Econsave,
Kedai Rakyat 1Malaysia,
Parkson,
Segi,
Sakan,
NSK,
UO,
7Eleven,
Speedmart,
KK,
Cold Storage
dan pelbagai lagi nama yang ada.

Pilihan ada pada tangan kita. Gunakan kuasa membeli dan buat pilihan bijak. Jangan lihat apa yang di depan mata saja. Sebaliknya lihat di sekeliling kita.

1 comment:

  1. Pembeli kena bijak... pantau harga barang2 yg biasa/lazim dibeli untuk buat perbandingan. Rekodkan jenama barang, berat brg cth sabun baju 1.4kg atau 1.6kg, 2liter atau 2.1liter, harga, tarikh beli, dan pasaraya mana setiap kali membeli. Simpan rekod utk perbandingan pembelian yg akan datang.

    Kita akan dapat lihat kdg2 brg2 yg di promosi rupanya beratnya berbeza cth 1.4kg walhal sebelum promosi kita biasa membeli yg beratnya 1.6kg.

    Begitu juga dengan jualan murah baju, cadar dll yg biasa kita lihat diskaun sampai 70%. Pantau harga, kualiti sebelum sale. Bila sale pastikan harga sebelum diskaun sama dgn harga yg kita rekodkan sebelum sale...jika tidak ..maknanya penipuan di sini. Dgn adenya hp... snap photo brg dan harga yg kita rancang nk beli ketika sale nnt. Kitalah yg membuat keputusan...kalau rasa tertipu ...jgn beli. Takkan nak harapkan pihak berkuasa memantau semuanya.

    Cth cadar katil ... pastikan thread count cadar masih sama utk pastikan kita membeli kusliti yg sama dgn yg kita pantau.

    Kita mudah terpedaya jualan murah... kdg2 brg2 sewaktu jualan murah sebenarnys dari stok yg tidsk pernah berads di shelf sblm hari sale.

    Kuasa membeli di tangan anda. Berbelanja dgn bijak. Jom jihad memerangi nafsu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...