Wednesday, April 15, 2015

Papan Iklan Papar Mesej Berguna Untuk Semua Pihak Terutama Kerajaan Selangor


Hari ini warga penduduk dan pekerja sekitar Giant Shah Alam dikejutkan dengan paparan yang tertera pada electronic display screen. Sebelum ini paparan iklan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri akan terpapar pada screen terbabit.

Tetapi hari ini, screen terbabit telah memaparkan satu 'mesej' yang sangat membawa makna sungguh mengharukan dan mencuit perasaan hiba.

"Seksyen 13 Makan Mahal Kapitalis"

Ini mesej yang sangat ringkas daripada SMS kerana 5 patah perkataan saja telah menggambarkan betapa si penggodam ini amat terkesan dengan kenaikan harga makanan yang barangkali tidak dipantau oleh pihak² berwajib.


Kenaikan harga yang melampau tanpa kawalan semakin membimbangkan pengguna terutamanya. Mungkin inilah masanya pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada mana² pengusaha dan peniaga yang mengenakan caj makanan yang berlebihan di sini. 

Jangan sampai selepas ini banyak lagi screen yang digodam untuk memberitahu situasi semasa di negeri Selangor yang sudah tentu tidak menyenangkan bagi rakyat semasa di bawah pemerintahan zalim kerajaan PR Selangor.

1 comment:

  1. Pihak berwajib yang mana untuk ambil tindakkan di Selangor?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...