Friday, April 3, 2015

Saya Merayu Tun M Berikan Peluang @NajibRazak Memimpin Negara - @razlanrafii


Sebagai anak muda saya berasa amat sedih apabila melihat kemelut menghentam Presiden UMNO dibuat secara terbuka dan berterusan oleh YABhg Tun M, mantan Presiden UMNO.

Dalam masa kita melihat kepimpinan UMNO semakin mendapat perhatian dalam membina kembali kekuatan parti.


Pada PRU13, ada juga yang meramalkan BN akan kalah tetapi sebaliknya berlaku, segala yang terjadi semasa PRU12 dan 13 tidak lain tidak bukan ianya ada kena mengena dengan hentaman terus menerus Tun M kepada Perdana Menteri yang lepas.

Dato Seri Najib sudah pun bersumpah dan menafikan beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan kes ini telah pun diputuskan oleh Mahkamah.

1MDB sudah di buka kepada siasatan audit dan sekiranya ada sebarang salah laku, proses perundangan akan di ambil terhadap pihak-pihak yang terbabit ke muka keadilan.

Dalam dunia politik, desakan pembangkang, fitnah, wujud persepsi negatif, pandangan negatif semua ala tegar biasa, semasa zaman YABhg Tun M pun tidak lekang dengan masalah dalaman. Tun M juga berhadapan dengan pelbagai tentangan terhadap pembinaan KLIA, pembinaan Putrajaya dan juga ada yang kurang berjaya seperti MAS. Namun semasa itu, hampir semua kepimpinan UMNO bersama Ayahanda Tun M.

Pembinaan persepsi negatif dulu dan sekarang amat berbeda, permainan propaganda hari ini dan dahulu juga dilakukan dengan cara dan pendekatan yang lebih mudah dan luas.

Asakan demi asakan yang dilakukan sekiranya kita bersatu, ianya bukan lah satu perkara enteng untuk dijayakan.

Alhamdulillah, walaupun kerosakan yang dibuat kepada sistem "Keyakinan rakyat kepada kerajaan" pada PRU 12 yang melibatkan hentaman demi hentaman oleh Mantan Perdana Menteri, Kerajaan BN masih bertahan sehingga hari ini, kerosakan itu bukanlah kecil!.

Saya merayu kepada Ayahanda Tun M untuk terus memberikan sokongan dan terus membantu Dato Seri Najib dalam membina kembali kekuatan Melayu. Demi Melayu dan survival Melayu.

Sebagai anak muda Melayu, kami pun tidak rela parti ini dihancurkan dengan hanya permainan persepsi. Sekian lama kita bekerja membina bangsa, sekian lama kita pertahan kedaulatan Raja-raja, janganlah ianya terus dirosakan oleh pemimpin terdahulu.

Penulis adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan - Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii

4 comments:

  1. Saya sokong penulis ini. Anak muda Melayu perlu ada kekuatan diri demi kelangsungan bangsa Melayu masa depan.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah masalah turun aje le.

    ReplyDelete
  3. Ya. Sudah-sudahlah tu Tun M. Anak2 engkau semua berjaya, kaya raya. Apa lagi yang engkau mahu. BN makin kuat. Boleh menang di Teluk Intan walaupun dahulunya dimenangi DAP. BN hanya akan jatuh kalau engkau berperangai orang nyanyuk seperti ini. Aku tak nampak BN akan kalah dalam PRU14. Pakatan Rakyat bercakaran. Rakyat sudah nampak keburukan mereka. Penghasut rakyat dipenjarakan. Engkau melakukan lebih banyak kesilapan dari DS Najib. Contohnya Perwaja yang akhirnya gulung tikar kerana skandal engkau dengan Eric Chia, Skandal BMF, skandal pertukaran wang asing dan banyak lagi.Tapi engkau diselamatkan oleh harga petroluem yang tinggi.Tapi DS Najib berjaya walaupun banyak musibah menimpa Negara. Engkau nak tau mengapa DS Najib berjaya? Kerana dia tolong orang susah/miskin melalui BRIM. Sekarang Allah menolongnya ketika dia ataupun Negara ditimpa kesusahan. Percayalah pada Allah Mahathir. Diketika akhir hayat mu.

    ReplyDelete
  4. Saya masih tidak paham kenapa begitu susah untuk kerajaan menangani persoalan2 Tun M...kalau jawab pon mcm ada lompong sana sini seolah2 mcm nak selindung2 benda lain...jawab aje la dgn fakta yg telus...yg jelas...pastu org2 tertentu yg jelas tak amanah tu tendang saja la drp kerajaan..jgn la nak selindung2 dgn alasan mengarut..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...