Wednesday, April 8, 2015

[Video] Pemuda UMNO Wilayah Tetap Teguh Bersama Presiden UMNO @NajibRazak @razlanrafii

3 comments:

  1. Hanya sekadar menyatakan sokongan, hanya setakat menafikan, tapi tak menjawab soalan yang sepatutntya.

    Pasal 1MDB, sila Tengku Adnan dan Ketua Pemuda WP Razlan tu jawab isu di bawah ini:

    Isu USD 1.103 bilion yang dikatakan disimpan di Singapura itu pun, tidak jelas apa yang berlaku sebenarnya, apakah benar ada dana sebanyak itu disimpan di BSI Singapore Ltd.?

    Najib memberikan pejelasan kononnya menyimpan USD 1.103 bilion di BSI Singapore Ltd. itu adalah kerana nak memudahkan pengeluaran wang itu kerana berdasarkan peraturan bank negara pengeluaran melebihi RM 50 juta perlu dapatkan kebenaran bank negara bagi bank-bank di Malaysia.

    Menjadi persoalan juga, di Singapura turut ada bank yang pegangannya dimilik oleh kerajaan Malaysia iaitu Maybank Singapura, mengapakah dana 1MDB berjumlah RM 1.103 bilion itu tidak disimpan di dalam Maybank Singapura?

    Apakah kerana dana itu sebenarnya tiada, maka sebab takut audit tahunan Maybank yang mencakupi anak syarikatnya di luar negara dapat mengesan penipuan ini maka Najib memberikan kenyataan bahawa USD 1.103 bilion ini disimpan di BSI Singapore Ltd dengan alasan-alasan yang boleh dipertikaikan itu?

    Apakah Najib dan 1MDB memandang rendah terhadap Maybank yang turut dimiliki oleh kerajaan Malaysia bagi menyimpan dana USD 1.103 bilion itu?

    Isu ini perlu penjelasan yang sebenar, bukannya menipu untuk melindungi penipuan yagn berlaku itu. Ini melibatkan kepentingan negara, dana 1MDB itu ada kaitan dengan perbendaharaan negara, bukannya milik Najib dan ahli parlimen suruhan Najib yang menyokong semberono itu sahaja.

    Berhubung isu kes Altantuya, sila jawab persoalan ini:

    Siapakah yang beri arahan kepada Sirul dan Azilah untuk bunuh Altantuya?

    Ada cybertrooper Najib nak tunjuk pandai dalam kejahilan dirinya dengan mengatakan Razak Baginda yang beri arahan, tapi timbul persoalan, apakah Sirul dan Azilah sebagai polis UTK yang kerjanya profesional akan mendengar arahan orang yang tak ada kaitan dan bukannya atasan mereka pun? Malahan yang lagi lucu adalah mengapakah Razak Baginda boleh terlepas? Penjelasan mengarut dan merapu dari cybertrooper Najib ini hanya akan menambahkan kehancuran kepada imej Najib yang sudah sedia hancur sekarang ini.

    Tun Dr. Mahathir bertanyakan isu itu dalam bahasa Melayu, sebab Najib orang Melayu, kemudian ada jugalah soalan dalam bahasa Inggeris sebab Najib selalu bercakap dalam bahasa Inggeris.

    Bukannya Tun Dr. Mahathir bertanyakan soalan itu dalam bahasa orang Eskimo dan mensyaratkan Najib menjawab soalan itu dalam bahasa orang Somalia pun, jadi apa yang susah sangat Najib nak perjelaskan isu yang sebenar?

    Masalah ini timbul kerana Najib banyak sangat simpan bawah karpet semua masalah dan kegagalan serta salah laku hingga karpet pun dah membuncit hingga menimbulkan keraguan masyarakat.

    ReplyDelete
  2. jangan sekat komen macam facebook Najib yang menyekat komen yang tak setuju dengan dia sudahlah.

    ReplyDelete
  3. sedialah jadi pembangkang...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...