Full Width CSS

#Malaysia & #Indonesia Setuju Sediakan Pusat Perlindungan Sementara #Rohingya


Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menyediakan pusat perlindungan sementara kepada kira-kira 7,000 pelarian yang masih berada di tengah lautan dan menunggu untuk mendarat.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata perlindungan sementara itu akan disediakan di kawasan yang sesuai dalam tempoh setahun sebelum keputusan lain mengenainya dimuktamadkan oleh masyarakat antarabangsa.Katanya, keputusan itu adalah bersifat serta merta dan beliau akan ke Myanmar dalam masa terdekat untuk mengadakan pertemuan dengan menteri luar negara itu bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan enam mata dengan Menteri Luar Republik Indonesia, Retno L P Marsudi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, Jeneral Tanasak Patimapragorn di Wisma Putra bagi membincangkan isu pergerakan pendatang khususnya berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Post a Comment

1 Comments

  1. seperti biasa keputusan yang amat bodoh lagi dungu.rakyat tak suka itulah yg dibuatnya. tak serik2. thailand awal2 lagi dah tolak. setahun konon, yg berlambak kat sini yg dah berpuluh tahun hidup pun tak selesai lagi.diaorang banyak yg perangai tak melambangkan islam pun. mintak la negara2 rab yg kaya tolong tumpangkan diaorang ni

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..