Friday, May 15, 2015

Parti Orang Tak Tentu Hala Tuju Dilancarkan


Sebuah parti yang diberi nama IKATAN dilancarkan hari ini oleh bekas Menteri yang merupakan seorang yang kecewa dalam hidup dan barangkali tidak pernah cukup sumber kewangan dirinya.

Kadir Sheikh Fadzir sebelum ini menyertai pakatan Pembangkang dan beberapa kali berdiri di atas pentas mengutuk setiap tindak tanduk kerajaan yang dianggap tidak betul di pihaknya. 


Hari ini dia tubuhkan pula parti IKATAN yang bukan sebuah parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan kebenaran atau dalam istilah mudahnya parti balun jer kerjanya

Peliknya lagi, IKATAN dipanggil sebagai sebuah parti tetapi bukan parti politik. Kenapa tak namakan macam NGO atau Gagasan atau apa² je lah selain parti? Kan nampak kelakar sangat ni.

"Parti IKATAN bukan sebuah parti pro Barisan Nasional (BN) atau pakatan rakyat sebalik pro rakyat. Kita akan memperjuangkan kebenaran... kalau salah tetap salah kalau benar kita akan perjuangkannya.

"Kita bukan menubuhkan IKATAN untuk menghadapi pilihan raya umum semata-mata tetapi apa lebih penting adalah memperjuangkan kepentingan generasi akan datang," katanya.

Nampak tak kelakarnya di situ.


Bagi saya, ini semua propa. In the end of the day apabila dah dapat sokongan ramai, nanti dia akan jadi parti pilihanraya juga. Pendapat saya bukan untuk menidakkan dia, tapi lebih baik berhentilah sebelum nampak tak guna langsung untuk rakyat.

Tak puas lagi ker jadi wakil rakyat dan Menteri?

Lagi satu tambahan, awat bendera IKATAN ni sama macam bendera Sang Saka Bangsa UMNO? Nak bagitahu ini parti orang kecewa ker? Hahaha


P/s : Esok lusa terlerailah ikatan ni keh keh keh

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...