Thursday, May 7, 2015

Pengerusi #KTMB Diharap Dapat Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Terbaik


Mungkin banyak pihak belum mengetahui mengenai status terbaru syarikat GLC milik kerajaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bertukar kepimpinan baru selaras dengan keperluan dan kehendak semasa daripada pengguna yang mahukan KTMB ditransformasi kepada satu tahap yang bertaraf world class.

Prihatian dengan keluhan pengguna yang saban hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ini, beberapa kali blog ini menyuarakan pelbagai pendapat berhubung keperluan kepimpinan dan mutu perkhidmatan KTMB ditingkatkan agar menepati citarasa pengguna walaupun tidak 100%.
Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengambil tindakan bijak dengan memberi peluang dan sentuhan daripada tangan lain untuk menerajui KTMB untuk tahun² berikutnya. Lt. Kol (B) Sarbini Tajin telah dilantik sebagai Presiden KTMB yang baru bagi menggantikan Datuk Elias Kadir yang sebelum ini telah memegang jawatan tersebut untuk tempoh yang lama. Sebelum ini beliau memegang jawatan selaku Pengurus Besar Operasi KTMB. 

Semoga dengan perlantikan Presiden baru KTMB ini dapat membawa sinar harapan dan kepujian daripada pengguna itu sendiri. Dalam masa yang sama, pelbagai perkara yang seharusnya direncanakan sebelum ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB agar dapat diteruskan seperti projek Klang Valley Double Tracking (KVDT) yang tergendala beberapa tempoh.

Doa dan harapan dibekalkan buat Presiden KTMB semoga dapat memberi sentuhan magis yang tentu sekali diharap²kan pengguna. 

1 comment:

  1. KTMB bila nak capai keuntungan?. Sepanjang tahun asyik rugi je,,

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...