Monday, May 4, 2015

Pengundi Di #PRKPermatangPauh Amat Perlukan Calon Yang Reti Main Buaian?


Tidak pasti apakah strategi meraih undi daripada PKR ini bakal membuahkan hasil ataupun tidak. Namun yang pasti ia seolah-olah strategi kurang matang.

Tetapi sekiranya strategi tersebut menjado faktor kemenangan PKR, saya sendiri sebagai pemerhati merasakan sudah tiba pengundi sendiri bermuhasabah diri.


PKR tidak menggariskan apa-apa bentuk manifesto untuk pembangunan Parlimen Permatang Pauh ini sendiri. PKR kata ianya akan diselarikan dengan perancangan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Jika kita fahami, perancangan pembangunan menerusi kerajaan negeri adalah termaktub dalam perjanjian melibatkan kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukannya peruntukan dari peringkat nasional.

Seperkara juga yang perlu diketahui jika peruntukan melalui kerajaan negeri ia akan diberikan secara berperingkat-peringkat mengikut giliran DUN di dalam negeri namun jika melalui Parlimen, peruntukan kebiasaannya akan direct datang melalui kerajaan pusat menerusi Kementerian-Kementerian yang terlibat.

Maka kerugian yang bakal dialami oleh pengundi di sini adalah jika tidak memahami peranan dan tanggungjawab di antara Ahli Parlimen dan ADUN.

Artikel berkaitan di sini.

Maka terpulanglah kepada pengundi untuk menentukan masa depan sendiri. Pilih Barisan Nasional, insyallah Parlimen Permatang Pauh akan berubah. Namun jika pengundi memilih yang sedia ada pegang Parlimen ini selama 17 tahun kemungkinan nasib dan masa depan pengundi tetap takkan berubah.

UNDI SUHAIMI SABUDIN
Barisan Nasional


1 comment:

  1. Nenek ni tak gayat ke main buaian. Balik makan sirih lagi baik.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...