Saturday, May 2, 2015

PKR Tak Berani Tabur Janji Di #PRKPermatangPauh Kerana Yakin Bakal Dicapati


Menteri Besar Selangor Azmin Ali semalam memberitahu bahawa PKR tidak akan membentangkan apa-apa manifesto buat penduduk di Permatang Pauh.

“Oh.. BN (Barisan Nasional) perlu manifesto sebab dia takut pada Pakatan Rakyat. Kita tidak perlu manifesto," katanya.
Jawapan angkuh daripada pemimpin utama PKR si Azmin Ali ini amat mendukacitakan hati pengundi di sini kerana penduduk tempatan pastinya ingin melihat potensi serta tawaran daripada kedua-dua parti besar yang bertanding ini.

Wan Azizah pula semasa ditanya oleh wartawan, beliau sendiri tampak terkejut kerana mungkin beliau sendiri tidak ambil tahu langsung berkenaan akurjanji yang ingin ditawarkan kepada pengundi tempatan.

Tindakan tidak menyediakan langsung sebarang manifesto dirasakan kemungkinan parti tersebut sudah tidak tahu apakah modal yang hendak dijaja kepada para penduduk di sini.

Apatah lagi janji yang kerap dijanji sering dicapatikan oleh suami isteri ini di Permatang Pauh.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa parti tersebut akan menunggu BN melancarkan manifesto sebelum PKR melancarkan manifesto mereka. Kemungkinan juga ada kena mengena dengan orang yang berjanji telah dipenjarakan so perancangan tersebut dibatalkan terus.

SOKONG CALON TEMPATAN
SUHAIMI SABUDIN
- Barisan Nasional - 


1 comment:

  1. Azmin tak mo keluar manifesto sebab nak sabo Jijah je tu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...