Tuesday, May 12, 2015

[Video] KJ Kena Bertanggungjawab Sendiri - Hishammuddin Hussein


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata setiap pemimpin harus bertangungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

“Itu kena tanya dia (kerana) semua perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan masing-masing.

“Saya konsisten dalam pendirian (kerana) saya bertanggungjawab atas apa yang dinyatakan” katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disifatkan terburu-buru dalam membuat kenyataan berhubung pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Khairy sebelum ini mengeluarkan kenyataan, menggesa agar Lembaga Tabung Haji (TH) membatalkan transaksi pembelian tanah TRX untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit.

Tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak kerana dilihat telah mengeruhkan suasana panik sehingga menimbulkan persepsi buruk di kalangan masyarakat.

Khairy dibidas kerana sebagai ahli kabinet merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sama ada dari Perdana Menteri atau TH sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mewujudkan sebarang spekulasi tidak baik terhadap kerajaan.

Hishamuddin ketika tanya, apakah wujud kekangan di kalangan menteri-menteri kabinet untuk bersemuka dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan terhadap sebarang isu beliau menjelaskan, perkara tersebut adalah tidak benar.

“Orang menyatakan (kononnya) ada kekangan, kalau ianya tak benar kita perlu nyatakan (kerana) kalau tak nyatakan orang akan (beranggapan) dakwan itu betul” katanya lagi.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak berkata orang ramai telah menerima persepsi salah berkenaan isu pembelian tanah 1.6 ekar (0.64 hektar) oleh TH itu.

“Ia bukan bailout. Malangnya projek yang merupakan pembelian komersial yang baik untuk Tabung Haji telah diputar belitkan.

“Orang ramai mendapat persepsi yang salah atas alasan duit pendeposit Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1MDB,” kata perdana menteri di sini, hari ini.

Ketika bercakap kepada media selepas merasmikan pecah tanah untuk 900 unit program Perumahan Rakyat di Kampung Pirasan baru-baru ini, beliau berkata isu berkenaan menjadi sangat kontroversial untuk sebab yang salah.

“Ia menyebabkan banyak kekeliruan atas alasan dan fikiran rakyat bahawa wang Tabung Haji digunakan untuk perkara yang salah.

“Dan saya tidak mahu memanjangkan kontroversi ini kerana ia hanya akan menghabiskan tenaga kita dan lebih baik digunakan untuk program besar yang sudah kita fikirkan,” katanya.

Tonton video di bawah.



Sumber : SuaraTV

4 comments:

  1. Inilah pejuang yg menjahanamkan bangsa melayu..apa yg dia buat sbg menteri belia..berzumba ajelah

    ReplyDelete
  2. kalau takda agenda tertentu masakan KJ brani bersuara.. permainan ini adalah permainan lama..

    ReplyDelete
  3. Masih tak lupa kisah cium keris tarik balik dan "amaran terakhir kali kesepuluh" ....

    ReplyDelete
  4. Kami belia berdiri tegoh dibelakang KJ. Jangan ingat MT UMNO dah sokong najib, kami pun nak ikut sokong. Apa yang kami dapat.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...